seismik

IKEA Beri Cuti Bersalin Sebulan Kepada Pekerja Lelaki Dengan Gaji Penuh

Lebih ramai anak, lebih banyak cuti!

Cover image via Inside Retail Asia

Baru-baru ini, syarikat perabot terkemuka dari Sweden, IKEA perkenalkan satu polisi yang menggembirakan kakitangan lelaki

Image via IKEA Malaysia

IKEA Malaysia mengumumkan polisi cuti bersalin selama sebulan dengan gaji penuh kepada mana-mana pekerja lelaki syarikat itu.

Inisiatif ini diperkenal bagi membolehkan kaum bapa atau suami terlibat secara langsung dalam penjagaan bayi selama sebulan bersama isteri. IKEA percaya tugas membesarkan anak bukan hanya terletak di bahu wanita. Jadi, suami dan isteri wajar diberi peluang untuk sama-sama menjaga dan mencurahkan kasih sayang kepada anak.

Kelayakan cuti ini diberi kepada semua pekerja lelaki termasuk pekerja sambilan dan pelatih di seluruh outlet dan pejabat IKEA di Asia Tenggara

Pengarah Sumber Manusia IKEA Asia Tenggara, Lydia Song berkata, "IKEA sangat menitikberatkan kehidupan di rumah bersama keluarga selain nilai-nilai Sweden termasuk kesamarataan di pejabat dan rumah.

"Tahun ini, di seluruh outlet dan pejabat IKEA di Asia Tenggara kita perkenalkan cuti bersalin satu bulan gaji bagi membolehkan kakitangan lelaki menjaga bayi mereka dalam tempoh sebulan," katanya.

Polisi ini sebenarnya telah berkuatkuasa sejak 1 Januari lalu. Seorang kakitangan, Muhammad Rizal Sunalim merupakan antara yang pertama menerima manfaat tersebut.

Rizal bersama 3 orang anaknya.

Image via IKEA Malaysia

"Inilah masa yang paling berharga untuk saya dan keluarga," kata Rizal yang bekerja sebagai Ketua Kumpulan IKEA Food di IKEA Cheras.

Rizal dan isteri bekerja di tempat yang sama dan kini mempunyai tiga orang anak.

"Masa isteri saya bersalin anak pertama dan kedua, dia yang buat semua kerja sendiri. Kali ini saya ada peluang untuk jaga bayi dan isteri tersayang, Saya yang masak, basuh kain, dan jaga dua lagi anak kami," katanya.

Selain IKEA, syarikat lain seperti CIMB Bank dan Johnson & Johnson juga memberikan cuti bergaji pekerja lelaki mereka sejak awal tahun ini

Image via says.com

CIMB Bank: Bilangan cuti berbayar ditambah dari tiga hari kepada 30 hari sejak bulan Jun 2017.

Johnson & Johnson: Pekerja lelaki berhak mendapat cuti selama lapan minggu dengan gaji penuh.

Untuk makluman, tidak ada undang-undang di Malaysia yang memerlukan majikan memberi cuti bersalin kepada pekerja lelaki

Namun, kini semakin banyak syarikat yang membenarkan cuti bersalin dengan tempoh yang berbeza-beza.

Menurut Baby Center, penjawat awam berhak mendapat cuti bersalin selama tujuh hari, ada juga yang dibenarkan sehingga 14 hari.
Syarikat biasanya hanya memberi satu hingga tiga hari, manakala sesetengah hanya membenarkan bapa-bapa baru mengambil cuti tanpa gaji, cuti belas kasihan, atau cuti tahunan sebagai cuti bersalin.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi berita gembira:

You may be interested in: