Ibu Kongsi Anak Umur 10 Tahun Gigih 'Shoot' Video Kahwin, Ramai Teruja Tengok Hasilnya
Bukan biasa-biasa adik ni.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka
Apatah lagi jika berkaitan masa depan mereka. Malah, dari kecil ibu bapa pasti boleh melihat minat dan kemahiran anak mereka.
Tak salah jika ibu bapa menyokong minat anak mereka, asalkan ia positif dan tidak memberikan negatif.
Seperti sebuah video di Instagram memaparkan seorang ibu yang berkongsi kebolehan anaknya mengambil video perkahwinan.
Ibu kagum lihat kebolehan anak, ikut jejak bapa
Bercakap kepada SEISMIK, ibu kepada kanak-kanak yang bernama Arsyad itu memberitahu pada awalnya dia tidak menyedari minat anaknya terhadap kamera.
"Sebenarnya tak pernah perasan sejak bila dia suka kamera. Mungkin dari sebab selalu tengok abah dia buat kerja," katanya.
Menurutnya, antara sebab utama mungkin adalah kerana Arsyad yang sering melihat bapanya yang bekerja sebagai jurugambar dan juruvideo. Dia dan suami turut teruja melihat hasil yang diambil oleh anak mereka.
"Saya amazed sebab dia boleh tiru apa yang suami buat dengan hanya perhatikan je dan ada kehendak nak belajar bila suami offer. Suami happy sebab dia pandai ambil angle yang cantik," ujarnya lagi.
Namun, buat masa ini dia dan suami tidak membelikan Arsyad sebarang kamera dan hanya menggunakan kamera daripada telefon sebagai praktis untuk dirinya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!