Ibu Keluarga Non-Muslim Teruja Ajak Sambut Raya - "Mak Siap Kejut Kemas Rumah, Susun Kuih"
Seronok tengok mak dia excited sambut raya!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kalau dah nama raya di Malaysia, mestilah semua bangsa join sekali sambut sama-sama
Itulah yang ditunjukkan pengguna TikTok @pipipipiww menerusi perkongsian sebuah perkongsian video memaparkan satu keluarganya bersiap memasak dan mengemas rumah menyambut raya.
Apa yang menarik adalah ianya merupakan idea ibunya sendiri yang semangat mengejutkan anak-anak di awal pagi meminta untuk mengemas rumah dan menyusun kuih walaupun mereka merupakan keluarga yang beragama Kristian.
Si Ibu siap beli baju raya dan bergambar bersama satu keluarga
Menurutnya, semangat ibunya betul-betul dapat dilihat apabila dia sahaja dalam keluarganya yang tampil dengan baju raya.
"Memang berbaloilah mak saya dapat ambil gambar raya sebab dia seorang sahaja yang ada baju raya.
"Mungkin tahun depan kami sekeluarga pula akan beli baju raya sekali dan buat rumah terbuka," tulisnya.
Tambahnya, ibunya itu turut tidak makan dan memasak daging khinzir di samping sentiasa membeli ayam dan daging di pasar yang menjual daging halal.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!