seismik

"Ia Hanya Lalu Saja" - Rumah Dimasuki Air Banjir, Lelaki Kongsi Keajaiban Laungan Azan

Kuasa Allah SWT.

Cover image via @ejafendi (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kita semua tahu baru-baru ini telah berlaku bencana banjir kilat di beberapa negeri

Antara negeri yang paling terkesan adalah Selangor kerana jarang sekali mereka berdepan dengan situasi banjir kilat seperti ini sehingga menyebabkan paras air naik begitu tinggi.

Tular sebuah video di TikTok memaparkan perkongsian seorang lelaki menceritakan rumahnya tidak dimasuki air banjir kerana laungan azan telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@ejafendi

Kehebatan azan.. banjir langsung xsentuh dalam rumah dia. Allahuakbar Subhanallah ##fyp ##banjir2021 ##hululangat

Sedih - Instrumental - Asraf Studio

Berdepan detik cemas, terus laungankan azan meminta pertolongan

Menerusi video tersebut, lelaki yang dikenali sebagai Faiz itu menceritakan pada awalnya rumahnya masih berada dalam keadaan selamat, manakala rumah-rumah di bahagian belakang sudah mula dinaiki air.

Namun, tidak lama selepas itu air sudah mula melimpahi kawasan rumahnya dengan arus yang sangat deras. Dia kemudian memindahkan ahli keluarganya ke seberang jalan yang lebih tinggi dan selamat.

Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah dia berkongsi keadaan menghadapi detik cemas itu, dia sempat melaungkan azan meminta pertolongan daripada Allah SWT.

“Saya berdiri di sini (anjung rumah), menghadap ke arah kiblat. Saya azan sehingga habis. Saya dapati air langsung tidak masuk ke dalam rumah.

“Air hanya lalu sahaja. Walaupun arusnya deras, ia hanya lalu sahaja. Ia tidak masuk ke dalam rumah,” katanya.

"Allah maha baik. Nak lagi bila kita tawakal dan ingat pada dia" - Netizen

Sementara itu, tinjauan diruangan komen mendapati rata-rata netizen turut berkongsi pendapat dan pengalaman mereka sendiri.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 390.8K views, 36.3K likes dan 1,297 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Hebatnya laungan azan. Semoga kita semua sentiasa dilindungi oleh-Nya :)

Anda kini boleh membuat sumbangan menerusi Tabung Bencana NSTP-Media Prima yang akan disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir yang terkesan bagi membantu meringankan beban mereka.

Setiap sumbangan yang diberikan amatlah dihargai.

Image via Berita Harian

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: