seismik

"I Like Your Confident" - Tular Di TikTok, Gadis Tiada 2 Batang Gigi Ini Dipuji Netizen

Semua orang cantik dengan gaya tersendiri.

Cover image via @cikharaa (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Keyakinan mampu menaikkan konfiden seseorang itu untuk berdepan dengan orang ramai

Tanpa adanya konfiden, mereka tidak dapat melakukan sesuatu perkara itu dengan yakin. Kepercayaan pada diri sendiri itu lebih penting berbanding apa pun.

Malah, ada yang berasa sangat yakin sehingga tidak mempedulikan kata-kata negatif daripada sesetengah pihak.

Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang gadis famous selepas videonya mencuri tumpuan ramai walaupun mempunyai sedikit kekurangan.

Lihat video penuh itu di bawah:

@cikharaa

Klau ada lalu dekat fyp kau orang tolong komen bolehh..harap xada yang kecam...##fyp ##fyp ##fypsounds ##foryoupage ##viral ##fypdong

Senyumanmu by asep -

Suka-suka buat video di TikTok walaupun sudah jangka akan dikecam

Menerusi video tersebut, gadis yang dikenali sebagai Ain itu memberitahu yang dia hanya sekadar suka-suka saja membuat video berkenaan untuk hiburan ramai.

Walaupun ada sesetengah pihak mengecam dengan penampilan dirinya, namun dia juga tidak sangka masih ramai yang memberi sokongan kepadanya.

Menerusi sumber, dia memberitahu giginya menjadi seperti itu sejak dari darjah 4 kerana mempunyai masalah urat saraf. Malah, ianya tidak boleh diubati kerana akan jadi bernanah pada bahagian gusi. 

"Saya suka tengok orang lain buat video, jadi saya cuba buat juga. Kadang-kadang segan sebab kita tak ada gigi, takut orang lain kecam"

"Ingatkan tunjuk diri tak ada gigi orang akan kutuk. Tapi Alhamdulillah semua okay. Cuma ada seorang dua saja suruh saya beli gigi, betulkan gigi," katanya.

"Kamu cantik je dik. Tiada kekurangannya, terbaiklah" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan sokongan dan kata-kata semangat buat dirinya.

Malah, ada yang memuji dia cantik dengan gaya tersendiri. Ada juga yang kagum dengan konfidennya yang melakukan video tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 43.4K likes, 2,951 comments dan 1,016 shares di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Suka tengok confident level dia tu untuk menghiburkan orang :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: