seismik

Hura-Hara Satu Kampung Dibuatnya, Jom Tonton Filem Pendek '3 Sekawan' #BebasBersama Ini

Selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke-65 tahun!

Cover image via Media Prima Berhad (Provided to SAYS Seismik)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum sedia maklum, Hari Kebangsaan ke-65 negara tercinta bakal tiba tidak lama lagi

Semestinya, rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat sedang giat membuat persiapan untuk meraikan hari bersejarah negara kita ini.

Apabila tibanya tanggal 31 Ogos, Jalur Gemilang akan dipasang pada kereta serta kawasan kediaman sebagai tanda patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia.

Waktu sebegini juga sesuai untuk layan filem-filem patriotik seperti ‘Talentime’, Bukit Kepong dan banyak lagi!

Kisah tiga sekawan cilik yang berkumpul untuk menyambut Hari Kebangsaan di kampung mereka

Bagi meraikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, syarikat media terbesar di Malaysia iaitu Media Prima Berhad telah menerbitkan sebuah drama komedi pendek yang bertajuk ‘3 Sekawan’.

‘3 Sekawan’ mengisahkan tiga sekawan cilik iaitu Faiz, Ah Chong dan Danush yang berkumpul untuk menyambut Hari Kebangsaan di kampung mereka. 

Setelah mengatur sebuah rancangan besar dan nakal demi kebebasan mutlak, berlakunya huru-hara di kampung tersebut apabila tiga sekawan itu cuba memperbetulkan segala-galanya sebelum tibanya hari yang bermakna itu.

Berdasarkan peristiwa sebenar, ‘3 Sekawan’ dibintangi barisan pelakon terkenal Malaysia termasuk Dato’ Rahim Razali, Kazar Saisi, Redza Rosli, Sherry Ibrahim dan Mandy Chong. 

Siri pendek yang terbahagi kepada empat episod ini adalah sebahagian daripada kempen #BebasBersama oleh Media Prima Berhad untuk mendidik, mengingatkan dan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia terutamanya generasi muda tentang pengorbanan wira tempatan kita dalam memastikan negara bebas dan merdeka.

Tonton secara percuma di TV3, NTV7, 8TV dan TV9 serta secara live streaming menerusi platform tonton

Anda orang semua boleh menonton ‘3 Sekawan’ secara percuma pada 31 Ogos 2022 di TV3 pada 9 malam, NTV7 pada 9.30 pagi, TV9 pada 10.30 malam dan 8TV pada 1 September pukul 12 tengah malam.

Selain itu, anda juga boleh menonton filem pendek ini secara penuh di https://www.tonton.com.my/!


Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: