Hukum Satukan Duit Raya Anak & Bahagi Sama Rata, Ini Penjelasan Ustaz Yang Anda Perlu Tahu
Jangan ambil mudah ya parents!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Setiap kali tibanya Hari Raya Aidilfitri, ibu bapalah antara yang teruja untuk membawa anak pergi beraya kerana mereka akan dapat duit raya daripada tuan rumah
Lumrah jika anak-anak dapat duit raya, ibu atau ayah akan menyimpannya dalam bank atau membuka akaun Tabung Haji sebagai persediaan kewangan mereka jika besar kelak.
Namun begitu, apakah hukum sekiranya ibu bapa menyatukan duit raya anak-anak dan membahagikannya sama rata?
Baru-baru ini, seorang ustaz memberi kesedaran kepada para ibu bapa yang mungkin pernah terguna duit raya anak dan ada berkongsi tentang hukum jika menggabungkan duit raya anak.
Tak boleh dan salah jika satukan duit raya anak sesuka hati
Menerusi hantaran di Facebook, Ustaz Hafiz al-Za'farani memaklumkan jika ibu atau bapa pernah terguna duit raya anak, maka mereka wajib membayar semula kerana itu merupakan hak anak sepenuhnya.
"Duit raya anak, adalah milik peribadi anak tersebut. Tidak boleh diambil oleh ibu bapa untuk kegunaan lain. Ketika ibu bapa menyimpan duit tersebut, mereka sebenarnya bertindak sebagai pemegang amanah bagi duit anak-anak yang masih kecil.
"Sebagai pemegang amanah, mereka bertanggungjawab menguruskan wang itu dengan jujur dan sebaik mungkin demi kepentingan anak-anak.
"Disebabkan itu juga, tidak boleh dicampur duit raya anak-anak dan kemudiannya dibahagi sama rata. Hal ini kerana setiap anak mempunyai hak kepada duit masing-masing, kita tidak berhak untuk mengambil duit daripada si abang untuk dibahagi kepada adik.
"Waimma, dengan izin anak yang masih kecil tersebut kerana diusia itu, si anak tidak tahu menilai lagi dan syarak juga tidak mengiktiraf pelepasan hak oleh anak-anak yang kecil," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!