seismik

[30 GAMBAR] Macam Tak Percaya Lihat Kampus Terbaru Huawei Ini. Sangat Indah Bak Kayangan!

Sekali pandang memang tak sangka ini sebenarnya kampus Huawei yang terletak di Dongguan, China.

Cover image via Kevin Frayer / Getty

Pasti ramai yang tidak menyangka kampus penyelidikan dan pembangunan terbaru Huawei kelihatan sebegini rupa:

Seorang pelawat mengambil gambar kampus Huawei.

Image via Kevin Frayer / Getty

Keadaan kampus Huawei selepas waktu bekerja.

Image via Kevin Frayer / Getty

Pekerja Huawei berjalan di sekitar kawasan kampus.

Image via Kevin Frayer / Getty

Pemandangan kampus Huawei dari atas.

Image via Kevin Frayer / Getty

Replika Liberty Bridge yang terletak di Budapest, Hungary.

Image via Kevin Frayer / Getty

Patung kuda putih di dalam kampus Huawei.

Image via Kevin Frayer / Getty

Terletak di Tasik Songshan di Dongguan, China, ibu pejabat syarikat teknologi gergasi dunia, Huawei yang diberi nama Ox Horn ini sememangnya sangat memukau mata memandang

Setiap sudut kampus diberi sentuhan yang begitu elegan bertemakan perkampungan Eropah dan bangunan pra-sejarah terkenal merangkumi istana, mercu tanda dan sebagainya.

Jurugambar Getty, Kevin Frayer diberi akses istimewa untuk melawat kampus ini dan melihat sendiri budaya kerja yang dipraktikkan oleh para pekerja Huawei.

Binaan bangunan terdiri daripada bata merah dan putih.

Image via Kevin Frayer / Getty

Pemandangan bangunan mercu dari seberang tasik.

Image via Huawei Armenia

Pengawal keselamatan berdiri di pagar kampus Huawei.

Image via Kevin Frayer / Getty

Huawei adalah syarikat pengeluar peralatan telekomunikasi terbesar di dunia dengan pusat penyelidikan dan pembangunan di lebih 12 negara

Kampus penyelidikan dan pembangunan terbaru mereka, Ox Horn yang berukuran 3.5 kilometer persegi ini dibahagikan kepada 12 'bandar' berasingan dengan nama-nama seperti Paris, Verona, Granada, Bruges, Oxford, dan lain-lain.

Setakat ini, lapan daripada 12 bandar telah siap dibangunkan ketika artikel ini ditulis.

Seorang pekerja dilihat sedang membersihkan sungai.

Image via Kevin Frayer / Getty

Binaan inspirasi dari Eropah.

Image via Kevin Frayer / Getty

Replika bangunan Palace of Versailles di kota Paris.

Image via Kevin Frayer / Getty

Kampus Ox Horn direka untuk menampung 25,000 pekerja dalam satu masa

Setiap bandar boleh menampung kira-kira 2,000 pekerja yang bermaksud seluruh kampus boleh menempatkan di antara 24,000 hingga 25,000 pekerja apabila siap dibina nanti.

Beberapa pekerja Huawei di dalam kampus.

Image via Kevin Frayer / Getty

Pekerja Huawei pulang selepas tamat waktu bekerja.

Image via Kevin Frayer / Getty

Huawei memberi subsidi makanan kepada semua pekerja.

Image via Kevin Frayer / Getty

Satu sistem tram elektrik turut dibina khas di dalam kampus ini bagi memudahkan urusan para pekerja untuk bergerak dan berhenti di setiap bandar

Sistem tram ini mengambil inspirasi dari Switzerland dan mempunyai trek sepanjang 7.8 kilometer yang mengelilingi seluruh kawasan kampus.

Sistem tram elektrik khas di dalam kampus Huawei.

Image via Kevin Frayer / Getty

Pekerja boleh menikmati penorama indah sekitar kampus sebelum mula bekerja.

Image via Kevin Frayer / Getty

Tram ini adalah sistem pengangkutan paling utama digunakan oleh pekerja Huawei.

Image via Kevin Frayer / Getty

Kos pembinaan kampus Ox Horn ini dilapor mencecah 10 bilion Yuan, iaitu kira-kira RM6 bilion

Menurut Huawei, kampus Ox Horn bertujuan untuk membina persekitaran yang santai bagi memberi inspirasi kepada para pekerja mereka.

Mereka percaya bahawa pendekatan ini akan menyumbang kepada perkembangan kreativiti pekerja, yang sangat penting untuk pusat penyelidikan.

Indah bak kayangan.

Image via Kevin Frayer / Getty

Pancuran air inspirasi Eropah.

Image via Kevin Frayer / Getty

Replika bangunan Palace of Versailles di kota Paris.

Image via Kevin Frayer / Getty

Kampus Ox Horn direka dengan begitu teliti. Di samping pejabat, terdapat juga pelbagai pusat rekreasi, serta pelbagai kedai dan kafe. Semua ini dibina supaya pekerja yang tinggal dan bekerja di sana tidak berasa terasing dari kehidupan bandar.

Ini sedikit sebanyak budaya kerja yang dipraktik oleh pekerja Huawei yang sempat dirakam oleh Kevin Frayer:

Pekerja Huawei berehat ketika waktu makan tengahari.

Image via Kevin Frayer / Getty

Amalan ini tidak asing lagi di kampus Huawei.

Image via Kevin Frayer / Getty

Ramai pekerja gemar menonton rancangan kegemaran mereka ketika waktu rehat.

Image via Kevin Frayer / Getty

Kerja tetap kerja, tapi main jangan lupa!

Image via Kevin Frayer / Getty

Ping pong pun ada untuk hilangkan stress.

Image via Kevin Frayer / Getty

Waktu malam, boleh main bola keranjang.

Image via Kevin Frayer / Getty

Ramai juga meluangkan masa di kelas-kelas seni.

Image via Kevin Frayer / Getty

Boleh juga sertai aktiviti team-building. Seronok!

Image via Kevin Frayer / Getty

Sukakan suasana yang senyap? Perpustakaan ini memang sempurna!

Image via Kevin Frayer / Getty

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Huawei best wei!

You may be interested in: