seismik

Hotel Halal Pertama Malaysia Benarkan Tetamu Bukan Islam Makan 'Pork' Dan Minum Arak

Sebelah KLCC je ni.

Cover image via Wotif

Terletak di tengah-tengah kemeriahan Bandaraya Kuala Lumpur adalah hotel halal dan patuh syariah pertama di Malaysia - PNB Perdana Hotel

PNB Perdana Hotel dimiliki oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan diuruskan bersama oleh PNB Management Services Sdn Berhad dan Darby Park (Pengurusan) Pte Ltd.

Ia merupakan jenama hospitaliti mesra-Islam yang pertama di Malaysia yang terletak tidak jauh dari Menara Berkembar Petronas dan stesen LRT. Halal merujuk kepada barangan dan perkhidmatan yang dibenarkan di bawah undang-undang syariah.

Hotel ini menawarkan 338 unit suite, semuanya dilengkapi dengan dapur kecil yang lengkap, ruang tamu dan ruang makan yang luas serta ruang kerja. Perdana On The Park turut menawarkan kemudahan lain seperti gelanggang tenis dan skuasy, kolam renang, bilik acara, dan gimnasium.

Jadi, apa yang membezakan hotel ini dengan hotel halal yang lain? Bagaimana mereka memastikan agar mematuhi undang-undang syariah?

Pengurus Besar PNB Hotel, Ahmad Zambri.

Image via CNN Money

Sebagai permulaan, PNB telah mengupah seorang ahli akademik undang-undang syariah bagi memastikan operasi hotel mematuhi prinsip-prinsip Islam. Menurut CNN Money, ahli akademik ini melatih kakitangan dan menyampaikan ceramah agama setiap hari.

Segala makanan dan minuman yang disediakan di PNB Perdana Hotel juga telah disahkan halal. Walau bagaimanapun, tetamu bukan Islam dibenarkan untuk menikmati daging babi dan minuman keras di dalam bilik mereka.

Namun, bilik yang digunakan itu akan dibersihkan secara menyeluruh dengan proses sertu khas bagi memastikan ia halal dan suci untuk tetamu yang akan datang.

Wanita dan lelaki pula dibenarkan bercampur di gimnasium hotel, tetapi ada masa tertentu yang dikhususkan hanya untuk tetamu wanita iaitu antara jam 9-11 malam setiap hari.

Selain daripada itu, ia sama seperti mana-mana hotel lain di dunia. Pengurus Besar PNB Hotel, Ahmad Zambri berkata, "Ia sama seperti hotel biasa."

Bercakap kepada CNN Money, Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM, Sirajuddin Suhaimee berkata bilangan perniagaan yang memohon pensijilan halal meningkat dengan cepat

Sirajuddin menjelaskan peningkatan "drastik" itu adalah sebanyak 25% kepada 30% setiap tahun, sejak 2012.

Walaupun permohonan semakin meningkat, Sirajuddin berkata bukan senang untuk mendapatkan pensijilan halal. Ia memerlukan pendekatan yang sangat ketat daripada restoran sehinggalah ke dapur hotel - "Ia meliputi semua rantaian bekalan produk halal, dari bahan-bahan, proses, pembungkusan, dan juga penyimpanan".

Memandangkan industri pelancongan halal Malaysia disenaraikan sebagai yang kedua paling maju di dunia, Sirajuddin menyifatkan bahawa perniagaan patuh syariah merupakan alat pemasaran yang baik kerana label itu sekali gus dapat menarik lebih ramai pelancong Islam.

Satu kajian yang dikeluarkan oleh Thomson Reuters pada Oktober lalu melaporkan jumlah wang yang dibelanjakan oleh pelancong Islam dijangka meningkat daripada USD151 bilion (RM652 bilion) pada tahun 2015 kepada USD243 bilion (RM1 trilion) pada 2021.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

'The Halal Guys' akan datang ke Malaysia weh!

You may be interested in: