seismik

Hisap Vape Di Surau, Pihak Sekolah Kenakan Tindakan Disiplin Terhadap Pelajar Terlibat

Difahamkan, individu yang terlibat merupakan pelajar di sebuah sekolah menengah di Selayang Baru.

Cover image via Alamak Viral (Facebook)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Susulan tularnya video memaparkan sekumpulan pelajar menghisap vape, pihak sekolah yang berkaitan mengeluarkan kenyataan akan kenakan tindakan disiplin terhadap mereka

Menerusi kenyataan yang dikongsi SMK Darul Ehsan di laman Facebook mereka, sekumpulan pelajar itu turut didapati menghisap vape di kawasan surau bersebelahan sekolah tersebut.

"Pihak sekolah memandang serius kesalahan menghisap vape yang berlaku di kawasan surau bersebelahan sekolah baru-baru ini.

"Surau merupakan tempat suci untuk beribadah dan harus dihormati oleh semua warga sekolah. Tindakan ini bukan sahaja mencemarkan kesucian rumah Allah, tetapi juga melanggar peraturan sekolah serta undang-undang yang berkaitan.

"Sehubungan itu, pihak sekolah akan mengambil tindakan disiplin yang sewajarnya terhadap pelajar yang terlibat, mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Pihak sekolah juga akan mempertingkat pemantauan dan menjalankan program kesedaran bagi memastikan kejadian seumpama ini tidak berulang," tulis kenyataan itu.

Image via SAYS

Terdahulu, rakaman video sekumpulan pelajar memakai baju sukan berwarna ungu sedang berkongsi vape telah mendapat perhatian ramai

Rakaman tersebut telah mendapat kecaman ramai apabila ia telah dikongsi di laman sosial X dan mendapat sehingga 894.6k jumlah tontonan.

Menerusi tinjauan di bahagian komen, rata-rata netizen di X menyalahkan ibu bapa kepada pelajar-pelajar terbabit dan tidak menyalahkan guru untuk memantau.

Lihat antara komen di bawah:

Image via X
Image via X
Image via X
Image via X

Lihat video tersebut di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: