Hilton Hotels Tawar Bufet Ramadan Citarasa Istimewa - "Nikmati Sajian, Eratkan Jalinan"
Tunggu apa lagi? Jom berbuka dengan hidangan mewah & jangan terlepas promosi istimewa!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bila masuk bulan Ramadan, perkara paling dinantikan pastinya momen berbuka puasa bersama orang tersayang
Tak kisahlah dengan keluarga, kawan-kawan, atau rakan sekerja, momen ni mesti lagi best bila ada juadah enak yang menggamit selera!
Tapi kadang-kadang, tak sempat nak masak atau nak cari tempat berbuka yang betul-betul menyajikan hidangan istimewa dengan suasana yang selesa?
Jangan risau, tahun ini Hilton Hotels di seluruh Malaysia menawarkan pengalaman bufet Ramadan yang bukan saja mengenyangkan perut, tapi juga mengeratkan hubungan dengan orang tersayang!
Sajian tradisional & antarabangsa dengan sentuhan istimewa
Tahun ini, Hilton Hotels di seluruh Malaysia mempersembahkan tema ‘Nikmati Sajian, Eratkan Jalinan’, menampilkan pengalaman iftar yang bukan sahaja menyelerakan, tapi juga mengeratkan hubungan sesama kita.
Setiap lokasi menawarkan menu unik dengan gabungan masakan tempatan dan antarabangsa yang pastinya buat anda rambang mata!
1. Hilton Kuala Lumpur
Vasco’s mempersembahkan hidangan istimewa termasuk Lambassador Smoked Paprika Beef Shank, Australian Lamb Meatball Rendang Hijau, dan Slow-Baked Australian Beef Short Ribs. Manjakan diri dengan pencuci mulut istimewa seperti Musang King Durian Specialties.
- Harga: RM238 nett (dewasa), RM119 nett (kanak-kanak)
- Tempahan: +603 2264 2264 atau email [email protected]
2. Hilton Petaling Jaya
Paya Serai menyajikan aneka hidangan enak termasuk Braised Ribs dengan Sos Buah dan Prune, Whole Roasted Kabsa Lamb, Salmon Head Curry, Sliced Lamb dengan Hot Butter dan Baked Red Snapper dengan Pastry Crust.
- Harga: RM158 – RM218 nett (dewasa), RM79 – RM109 nett (kanak-kanak)
- Tempahan: +603 7955 9122, WhatsApp +6016 216 0414, atau email [email protected]
3. Hilton Kuching
River View Café menawarkan bufet premium dengan menu utama seperti Miyazaki Oysters, Moroccan “Charmoula” Marinated Australian Whole Lamb, Flame-Grilled Australian Black Angus Tomahawk, Salted Australian Stanbroke M5 Wagyu Brisket dan Kunafah Station yang wajib dicuba.
- Harga: RM488 nett (River View Café), RM138 nett (Grand Ballroom)
- Tempahan: +608 2223 888 atau email [email protected]
4. Hilton Kota Kinabalu
Kalau rindu vibes bazar Ramadan, Urban Kitchen di Hilton KK ada pilihan Nusantara dan Timur Tengah termasuk Gulai Kawah, Bakar-Bakar istimewa, dan pelbagai kuih-muih tradisional.
- Harga buffet RM188 nett (dewasa), dan ada juga baucar dengan harga RM140 nett!
- Tempahan: +608 8356 000 atau email [email protected]
5. DoubleTree by Kuala Lumpur
Berbuka di DoubleTree by Hilton KL memang best, lebih-lebih lagi dengan Seafood On Ice, Ayam Golek, dan Tandoori Chicken! Lengkap dengan persembahan Ghazal dan Teh Tarik Mousse sebagai pencuci mulut.
- Harga bermula RM151 nett (dewasa)
- Tempahan: +603 2172 7272 | WhatsApp: +6012 290 4551
6. DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside
Kalau nak pengalaman berbuka dengan view cantik, Makan Kitchen & Temenggor di Hilton Putrajaya ada pelbagai juadah termasuk Tom Yam Prawn, Gulai Daging Rusa, dan pencuci mulut unik seperti Durian Profiterole!
- Early bird RM138 nett (dewasa)
- Tempahan: +603 8890 0000
7. DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City
Buat peminat hidangan klasik, Makan Kitchen di DoubleTree Shah Alam ada Kambing Kerutup Ibu-Ibu, Rock Lobster Otak-Otak, dan lemang pelbagai jenis. Lagi menarik, ada Onde-Onde Cake with Pandan Essence!
- Harga RM198 nett (dewasa)
- Tempahan: +603 5650 0200
8. DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort
Bulan Ramadan mesti best dengan muzik live dan firework! Kalau korang nak rasa vibes Perak, menu di sini termasuk Rendang Tok, Mongolian Lamb, dan Sotong Goreng Tepung.
- Harga RM98 nett (dewasa)
- Tempahan: +60 5684 3333
9. DoubleTree by Hilton Johor Bahru
Kalau korang nak cuba sesuatu yang unik, buffet di DoubleTree JB ada Arnab Bakar Madu, Wagyu Rump dengan Honey Kerutuk, dan Fresh Durian Stall! Memang mewah!
- Harga dari RM218 nett (dewasa)
- Tempahan: +607 268 6868 | WhatsApp: +6016 771 1863
10. DoubleTree by Hilton Melaka
Berbuka dengan hidangan fusion seperti Ayam Bali, Beef Cheek Assam Pedas, dan Lamb Shank Mandy. Ditambah dengan alunan muzik Ghazal—memang vibes!
- Harga RM158 nett (dewasa)
- Tempahan: +606 222 3333
11. DoubleTree Resort by Hilton Penang
Kalau nak nikmati hidangan dengan angin laut, buffet di sini ada Sotong Goreng Gergasi, Kambing Golek, dan Nasi Kerabu Kak Dya.
- Harga RM138 nett (dewasa) dengan diskaun early bird 20%
- Tempahan: +604 892 8000 | WhatsApp: +6012 381 7586
12. Hilton Garden Inn Puchong
Nak cari lokasi berbuka yang cozy? Hilton Garden Inn Puchong ada menu istimewa termasuk Assam Pedas Ekor Sapi, Gulai Ikan Talang, dan Otak-Otak Daun Nipah.
- Harga RM128 nett (dewasa)
- Tempahan: +603 8084 1299 | WhatsApp: +6012 612 9947
Tunggu apa lagi? Jom berbuka dengan hidangan mewah & jangan terlepas promosi istimewa!
Hilton Hotels Malaysia turut menawarkan potongan harga sehingga 25% untuk Ahli Hilton Honors.
Jadi, kalau anda nak nikmati harga murah dan berbaloi, boleh mula pilih hotel dan buat tempahan berbuka sekarang di EatDrinkHilton atau hubungi hotel pilihan anda!
Jangan lepaskan peluang ini, sebab tempat terhad tau!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!