seismik

Hiasan Dalaman Rumah Ini Penuh Dengan ‘Surprise Element’ Yang Akan Buat Anda Teruja. Lawa!

Lawanya. Unik sangat tak macam rumah biasa.

Cover image via Twitter @FLjasmy

Setiap orang mempunyai kreativiti tersendiri dalam memilih sesuatu. Terutamanya, design dan konsep rumah yang diinginkan. Sama ada minimalis, moden kontemporari, tradisional dan lain-lain lagi.

Pemilihan konsep untuk rumah adalah sangat penting. Malah, dalam masa yang sama ianya juga akan mendefinisikan karakter dengan pemilihan barangan rumah, konsep, dan sebagainya.

Jika anda seorang yang sukakan konsep moden kontemporari, mungkin rumah anda akan nampak lebih classy, elegan, penuh dengan warna tanah. Simple sahaja.

Image via Home Designator
Image via interjeras.lt
Image via Atap.co

Cantik bukan?

Jika anda inginkan idea untuk rumah jenis moden kontemporari yang mempunyai konsep elegan, boleh lihat contoh rumah seperti di bawah:

1. Dengan rekaan landskap di atas bumbung, pastinya menjadi 'sense of welcoming' bagi tetamu yang berkunjung

2. The hidden door

Anda boleh memasuki ke ruangan baru menggunakan pintu besar tersembunyi di laluan sempit ini.

Dominasi warna putih menjadikan ruang yang sempit nampak lebih luas dan tinggi. Pencahayaan yang sangat cantik dari 'openness' memastikan tumbuhan di dalam rumah sentiasa segar.

3. Apa pula yang ada di dalam kotak ini?

Suprise!!

Panel kayu di dalam gambar ini juga memberikan impak besar kepada ruang yang menyembunyikan private area.

'Garcinia subelliptica' atau happiness tree menjadi tarikan dan pastinya mejadikan ruang yang monotonous lebih bernyawa.

4. Ada pula elemen surprise yang lain iaitu bilik tidur. Konsep yang unik dan jarang ditemui.

Ianya adalah sangat penting untuk mempunyai ruangan privasi anda sendiri jika terlalu ramai orang di dalam rumah.

Sliding door kayu yang dibina telah membuatkan bilik tidur ini lebih extraordinary.

Kalau macam ini bilik tidur, memang seronok habis!

5. Untuk konsep moden kontemporari pula, anda tidak memerlukan dekorasi dinding yang berlebihan

Hanya dengan kreativiti yang ada, anda boleh melakukan apa-apa jenis dekorasi dengan rekaan yang ringkas dan elegan. Asalkan sedap mata memandang dan anda juga selesa, tidak terlalu penuh dan comot.

6. Ingatkan TV je lebar, tingkap pun lebar tau. Memang cantik dan unik sangat.

Sliding door kayu disepadukan semula di tingkat atas. Bukan itu sahaja, bingkai tingkap dan landskap yang ada juga akan memberikan pemandangan yang cantik.

Sambil-sambil tengok TV, bolehlah cuci mata dengan pemandangan di luar rumah. Tenang sangat, lebih-lebih lagi pada waktu hujan.

7. Paling unik tentang rumah ini, sistem pengudaraan masih akan berfungsi walaupun tingkap rumah ditutup sepenuhnya

Seperti yang anda lihat, ruangan stor juga telah disorok dengan sliding door dengan tona warna yang sama dengan dinding. Barulah cantik dan nampak lebih kemas.

8. Lihat pula ruang dapur dan ruang makan yang direka dengan begitu elegan dan simple ini. Tidak perlu banyak perkakas untuk nampak lebih kemas.

Macam kafe hipster pun ada. Cantik dan sentiasa kemas.

9. Bahagian yang paling moden, cantik dan unik tentang rumah ini adalah lighting on the wall!

Lampu yang dipasang di dinding memberi kelainan dan dimensi baru kepada ruang di dalam rumah ini. Memang nampak luar biasa dan terserlah konsep moden kontemporari.

Lokasi: Kuala Lumpur, Malaysia.

Sumber: Twitter @FLjasmy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Inginkan idea ubah suai rumah yang menarik? Boleh tengok sini:

You may be interested in: