Heo's Diner Bawa Penonton Terokai Pengembaraan Kulinari Merentas Masa - "Hanya Di Tonton!"
Saksikan episod baharu Heo’s Diner setiap Isnin dan Selasa, jam 4 petang hanya di Tonton mulai 24 Mac.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bersedia untuk menyelami dunia Heo’s Diner, sebuah kisah epik yang menggabungkan fantasi, misteri dan seni kulinari dalam 10 episod penuh debaran
Setiap hidangan bukan sekadar makanan, tetapi juga menyimpan rahsia, kisah silam dan keajaiban yang menghubungkan masa lalu dengan masa kini.
Saksikan bagaimana setiap episod membawa penonton mengembara ke dua dunia yang berbeza, penuh dengan kejutan yang menggamit emosi serta pengalaman yang sukar dilupakan!
Heo’s Diner bakal menemui penonton serentak dengan tayangan di Korea, hanya di Tonton bermula pada 24 Mac 2025.
Tunggu apa lagi? Nikmati pengalaman tontonan yang hebat ini dan jangan ketinggalan untuk menyaksikan episod baharu Heo’s Diner setiap Isnin dan Selasa, jam 4 petang hanya di Tonton.
Drama ini menampilkan barisan pelakon hebat, termasuk Xiumin dari kumpulan EXO sebagai Heo Gyun, Chu So-jung sebagai Eun-sil, Lee Sae-on sebagai Lee Hyuk dan Lee Soo-min yang membawa dua watak sebagai Mae-chang dan Mi-sol.
Diarahkan oleh pengarah berbakat, Oh Hwan-min dan Kim Kyeong-eun menyatukan elemen fantasi, romantik komedi dan gastronomi yang menjanjikan sebuah penceritaan yang mengujakan.
Heo’s Diner mengisahkan tentang Heo Gyun, seorang yang berfikiran liberal dari era Joseon yang bercita-cita untuk membentuk sebuah masyarakat yang lebih adil tanpa sistem kasta.
Malangnya, idea-ideanya yang radikal menyebabkan dia dibuang negeri dan menjadi sasaran penguasa. Dalam satu insiden yang tidak dijangka, sewaktu detik terakhir hidupnya, Heo Gyun secara misteri telah merentas masa 400 tahun ke hadapan dan muncul di Seoul pada tahun 2024.
Diselamatkan oleh seorang ibu dan anak perempuannya, Heo Gyun perlahan-lahan menyesuaikan diri dengan kehidupan moden dengan bekerja di restoran milik mereka. Namun, segalanya berubah apabila dia terpaksa memikul tanggungjawab sebagai cef utama, meskipun tidak pernah membayangkan dirinya berada di dapur dunia moden.
Dalam kesibukannya menyesuaikan diri, satu persoalan besar terus menghantui, siapakah yang telah membunuhnya di masa lalu?
Misteri pembunuhannya mula terbongkar sedikit demi sedikit, membawa kepada rahsia yang lebih besar daripada sangkaannya. Dengan misteri dan konflik yang semakin meruncing, mampukah Heo Gyun merungkai kebenaran sebelum semuanya terlambat?
Saksikan Heo’s Diner yang ditayangkan serentak pada hari yang sama di Korea hanya di Tonton bermula 24 Mac 2025!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!