seismik

"Hero is Gone" - Hasil Mural Gergasi Pemimpin Negara Diconteng, Pelukis Luah Rasa Sedih

Semoga pelaku segera ditangkap

Cover image via Google

Hari ini telah tular di media sosial mengenai satu kejadian vandalisme yang mengundang rasa marah dan geram dalam kalangan orang ramai

Mana tidaknya, mural yang memaparkan potret Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah diconteng dengan cat marah oleh individu tidak bertanggungjawab.

Bukan itu sahaja, terdapat juga kata-kata kesat yang telah diconteng pada mural tersebut seolah-olah seperti langsung tidak mempunyai rasa hormat terhadap pemimpin-pemimpin negara berkenaan.

Untuk makluman, mural tersebut telah dilukis oleh oleh pelukis bernama Suhaimi Ali bagi memberikan penghargaan kepada barisan pemimpin tersebut dalam menghadapi pandemik Covid-19.

Mural itu telah dihasilkan di Taman Cahaya Alam Seksyen U12, Shah Alam di belakang Restoran Isa Maju.

Susulan daripada kejadian itu, mural tersebut kemudiannya terpaksa dipadamkan oleh pihak berwajib

Akibat contengan yang memaparkan kata-kata kesat yang begitu sensitif, pihak berwajib terpaksa memadamkan semula mural tersebut dengan cat berwarna putih berbanding membenarkan pelukis mural tersebut membaikinya semula.

Memetik tweet yang dimuatnaik oleh BernamaTV, kerja pemadaman mural tersebut telah dilakukan oleh kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Kejadian itu semestinya telah mengundang rasa kecewa dan sedih pelukis asal mural tersebut, Suhaimi Ali

Menerusi satu perkongsian yang dibuat olehnya di laman Facebook, Suhaimi sempat mengucapkan penghargaan kepada orang ramai yang telah memberikan sokongan ke atas bakatnya itu.

Walau bagaimanapun, individu yang berasal daripada Terengganu ini meminta maaf sambil menyatakan bahawa tidak akan ada lagi mural di Seksyen U12 selepas ini.

Sementara itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut diminta untuk tampil menyalurkannya kepada pihak polis

Memetik laporan, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, tindakan awal telah diambil oleh MBSA untuk proses lanjut.

"Setakat ini kita masih belum terima laporan daripada mana-mana pihak.

"Kita minta individu yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian tersebut tampil untuk membantu siasatan," katanya.

Sudah pasti individu yang paling kecewa dengan kejadian ini adalah pelukis mural tersebut.

Semoga pelaku kejadian ini segera dikesan dan ditangkap oleh pihak polis!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Artikel berkaitan:

You may be interested in: