seismik

Harga Kereta Perodua & Honda Lebih Murah Sebanyak 3 Peratus Selepas Cukai SST Dikenakan

Harga kereta dikatakan akan turun sehingga RM4,900.

Cover image via Driving Motion

Perodua mengumumkan bahawa kebanyakan kenderaan mereka adalah 1% hingga 3% lebih murah di bawah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), yang telah dilaksanakan pada 1 September 2018 lepas

Image via PAULTAN

Menurut laporan yang telah dikeluarkan oleh The Sun Daily, "Berdasarkan struktur cukai baru, hampir semua model kenderaan berjenama Perodua membuat penurunan harga berbanding struktur harga GST," kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd iaitu Datuk Dr Zahari Husin.

Image via Paul Tan

Zahari juga mengatakan bahawa, "Mengenai servis dan bahagian untuk kenderaan Perodua, kami akan terus memberikan harga yang kompetitif kepada para pelanggan kami.

"Kami benar-benar menghargai sokongan yang ditunjukkan oleh orang ramai terhadap produk dan perkhidmatan kami, dan akan terus memperbaiki diri kami untuk pelanggan."

Selain jenama Perodua, Honda juga telah mengesahkan bahawa kebanyakan model kereta mereka akan membuat penurunan harga sehingga RM4,900

Pelbagai model kereta Honda akan lebih murah walaupun dengan pelaksanaan cukai SST. Untuk kereta jenama Honda model CR-V 1.5 TC 4WD yang akan mempunyai potongan harga sebanyak RM4,868!

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Paul Tan, harga kereta-kereta model Honda Jazz, BR-V, City, Civic, CR-V dan Accord telah menurun sebanyak 0.5 sehingga 3.1% dengan adanya cukai SST berbanding dengan GST.

Image via Honda UK

Dua model kereta import CBU mereka adalah di antara yang dikenakan peningkatan harga iaitu model jenis Odyssey 2.4 EXV 7-seater dengan peningkatan harga sebanyak RM4,096 dan Civic Type R dengan RM10,002. Manakala, harga untuk model Jazz Hybrid dan City Hybrid masih menunggu kelulusan kerajaan.

Image via Paul Tan

Bagi kenderaan jenis HR-V pula tidak ada dalam senarai kerana model facelift akan diperkenalkan tidak lama lagi, dan harganya belum diturunkan.

Peningkatan permintaan kenderaan berlaku ketika cukai tidak dikenakan selama tiga bulan setelah kerajaan baharu menurunkan kadar GST dari 6% hingga 0% pada 1 Jun 2018 yang lalu

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menyebut bahawa harga kereta mungkin naik dengan adanya cukai SST.

Datuk Aishah Ahmad, presiden MAA, bahkan menyatakan bahawa apabila GST diperkenalkan, harga kereta turun untuk kebanyakan model kereta, dan ianya dijangka akan naik dengan penukaran dari GST ke SST.

Image via Quranic Gen

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Perkongsian lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: