Harga Emas Dikatakan Bakal Melonjak Naik, Cecah Sehingga RM710 Segram. Wow!
Cepat beli emas sekarang!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pada 30 Oktober 2024, harga emas melonjak kepada paras tertinggi sebanyak AS$2,787.61 setiap auns troy (RM396 segram) sebelum ditutup pada RM382 segram pada Januari 2025
Menurut laporan Sinar Harian, logam berharga itu terus mengatasi jangkaan, berulang kali mencatatkan paras tertinggi baharu ekoran pelabur mencari perlindungan daripada ketidaktentuan ekonomi global.
Menurut Publicgold.my, harga emas kini telah mencecah RM470 segram pada 21 Mac 2025.
Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid pula merujuk kepada satu faktor utama iaitu situasi tidak menentu.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid
Image via Sinar Harian"Apabila kebimbangan melanda ekonomi global, emas mendapat permintaan tinggi. Nilainya bukan sahaja meningkat tetapi juga menjadi lindung nilai terhadap inflasi, penyusutan mata wang dan ketidakstabilan geopolitik," katanya.
Difahamkan, bank-bank pusat di seluruh dunia giat menyimpan emas sekali gus meningkatkan bahagian mereka daripada jumlah permintaan daripada hanya 1.8 peratus pada 2010 kepada 21.0 peratus pada 2024
Sesetengah spekulator mengunjurkan bahawa harga emas akan melonjak kepada AS$5,000 setiap auns troy atau RM710 segram pada akhir tahun.
Tetapi, Mohd Afzanizam menyatakan nilai tersebut mungkin mengambil masa tiga hingga lima tahun untuk meningkat.
"Peningkatan pesat ini berkembang pada kadar tahunan 20.2 peratus, mendorong harga emas lebih tinggi.
"Sasaran yang lebih realistik adalah antara AS$3,000 dan AS$3,500 setiap auns troy dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
"Secara jujurnya, sukar untuk menjangka harga emas berikutan ia cenderung memecahkan rekod tertingginya beberapa kali," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!