seismik

Harga Daun Kari Di Pulau Pinang Kini Didakwa Naik Sehingga Mencecah RM15 Sekilogram

CAP menggesa para pengguna terutamanya suri rumah untuk menanam sendiri pokok kari di rumah.

Cover image via @nachoz8 (Carousell) & I Love Sarawak (Facebook)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum sedia maklum, pokok kari atau nama saintifiknya 'murraya koenigii' antara tanaman yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia

Malah, daunnya pula memiliki aroma tersendiri dijadikan bahan masakan khususnya untuk hidangan ala India seperti gulai kari.

Begitupun, baru-baru ini tular harga daun kari didakwa naik sehingga RM15 sekilogram dan dianggap sebagai barangan ‘berharga’ buat peniaga di pasar awam dan kedai runcit di Pulau Pinang.

Menurut laporan Kosmo!, Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), N. V. Subbarow berkata, tinjauan pihaknya di beberapa premis di negeri ini sejak Sabtu lepas mendapati, berlaku kenaikan harga daun kari sehingga mencecah RM15 sekilogram.

Subbarow menunjukkan seiikat daun kari yang biasanya di jual di pasar-pasar awam di Pulau Pinang.

Image via Kosmo!

Jelas beliau lagi, kebiasaannya daun yang digunakan sebagai bahan masakan tersebut sebelum ini diberikan secara percuma oleh peniaga sayur atau santan.

“Tinjauan CAP mendapati sejumlah kecil daun kari yang diikat dengan gelang getah dijual pada harga 50 sen hingga RM1 seikat.

“Malah, hasil temu bual de­ngan peniaga santan mereka memberitahu tidak lagi memberi daun kari secara percuma kepada pelanggan disebabkan harganya yang mahal ketika ini,” katanya.

Para pengguna terutamanya suri rumah disarankan untuk menanam sendiri pokok kari di rumah

Subbarow memberitahu, rata-rata peniaga juga mendakwa harga daun kari kini umpama emas berharga yang nilainya semakin tinggi dan tidak susut.

“Justeru, CAP menggesa pengguna terutama suri rumah untuk menanam sendiri pokok kari di rumah yang tentunya kos sifar dan tidak perlu lagi membelinya di pasar,” tambahnya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via @nachoz8 (Carousell)

Sementara itu, seorang peniaga sayur di Pasar Awam Daerah Barat Daya, Izam Abd. Hamid, 42, memberitahu, dia sudah dua minggu tidak menerima stok daun kari yang kebiasaannya dihantar oleh pembekal warga Bangladesh.

“Kebiasaannya mereka (pembekal) akan membawa dua guni ke pasar dan diagihkan kepada peniaga-peniaga sayur di sini. Dalam tempoh dua minggu ini, memang tiada stok daun kari.

“Tidak pasti sebab apa (tidak dihantar). Selalu saya ambil RM8 sekilogram. Saya tidak jual dalam jumlah banyak, cuma 15 hingga 18 tangkai sahaja (seiikat) pada harga 50 sen,” ujarnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: