seismik

"Hard Work Paid Off" - Wanita Kongsi Daily Planner Dari 4 Tahun Lepas Ini Buat Ramai Kagum

Uish, panjangnya planner dia.

Cover image via @durraerawr (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebagai seorang pelajar, mesti kita akan sediakan satu daily planner bukan?

Sebenarnya, menjadi seorang pelajar universiti ini banyak aktiviti yang akan dilakukan. Oleh itu, dengan adanya daily planner ini, aktiviti harian akan lebih teratur dan masa juga akan dihabiskan dengan perkara yang berfaedah.

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman sosial TikTok apabila seorang wanita berkongsi daily planner miliknya sejak empat tahun yang lepas telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tulis daily planner dari awal semester sehingga tamat degree

Menerusi video yang di muat naik oleh @durraerawr, kelihatan dia menunjukkan kertas daily planner miliknya yang disimpan sejak dari awal semester.

Apa yang menjadi tumpuan ramai adalah, kertas planner itu ditulis dari hari pertama semester sehingga tamat pengajian. Ekoran itu, kertas itu menjadi panjang sehingga ke bawah tangga.

Lebih membanggakan lagi, dia juga berjaya memperoleh beberapa anugerah akademik dengan cemerlang walaupun aktif dengan aktiviti lain ketika di universiti.

"Wah, congrats sis! Doakan saya boleh berjaya macam sis juga ya" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 125.7K views, 22K likes dan 322 comments di TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mengucapkan tahniah kepada wanita itu dan memuji cara dia mengurus masanya ketika di universiti.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Ini yang dikatakan, usaha tangga kejayaan!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: