seismik

Benarkah Batik Sutera Tulen Haram Dipakai Lelaki Muslim?

Timbul masalah apabila ramai yang tak tahu membezakan batik sutera tulen dengan batik sutera bukan tulen.

Cover image via olx.com.my

90% Batik Yang Dipakai Lelaki Di Malaysia Dibuat Daripada Sutera Tulen

Image via beetroid.com

Golongan lelaki Islam diingatkan supaya lebih berwaspada ketika membeli kain batik sutera kerana kira-kira 90 peratus kain batik jenis itu di pasaran diperbuat daripada batik sutera asli yang haram dipakai di sisi agama Islam.

utusan.com.my

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendedahkan hampir 90 peratus batik sutera yang dipakai oleh lelaki di Malaysia adalah batik yang diperbuat daripada sutera tulen.

sinarharian.com.my

Menurut Aktivis PPIM, Sheikh Abd Kareem S Khadaeid, Haram Bagi Lelaki Muslim Memakai Kain Batik Yang Diperbuat Daripada Sutera Tulen

Sheikh Abd Kareem S Khadaeid

Image via mkini.net

"Mungkin ramai yang masih belum tahu mengenai hukumnya atau masih samar-samar, tetapi berdasarkan hadis sahih Nabi Muhammad sudah menjelaskan bahawa adalah haram bagi lelaki memakai pakaian yang diperbuat daripada sutera tulen."

sinarharian.com.my

"Hari ini kita lihat masih ramai masyarakat Melayu Islam (lelaki) memakai pakaian batik yang berasaskan sutera." katanya.

sinarharian.com.my

Ada Yang Menganggap Batik Yang Murah Harganya Bukan Batik Sutera Tulen

Image via ytimg.com

"Saya pernah jumpa seorang mufti yang memakai baju batik yang berasaskan sutera ini."

sentiasapanas.com

"Bila saya tegur dia, saya kata dia pakai batik sutera... dia kata bukan, sebab dia kata harga batik itu murah," katanya.

blogspot.com

Walhal Batik Sutera Sebenarnya Dinilai Dari Segi Kainnya, Bukan Harga

Ulat Malberi

Image via inhabitat.com

"Sebenarnya batik sutera bukan dinilai dari segi harga, tetapi dari segi jenis kainnya, iaitu ianya diperbuat daripada ulat malberi, saya tahulah saya ahli dalam bidang ini (tekstil)," tambahnya lagi.

sinarharian.com.my

Beliau Menggesa Masyarakat Islam Agar Lebih Peka Tentang Kain Baju Batik Yang Dipakai

Image via wikimedia.org

"Jadi saya perlu beritahu disini, bahawa batik sutera bukan berasaskan kepada harga. Oleh itu, masyarakat perlu berhati-hati, jangan sampai memakai batik yang diperbuat daripada sutera," ujar beliau.

blogspot.com

Walaupun Begitu, Mufti Selangor Menegaskan Apa Yang Dilarang Dalam Islam Adalah Bergantung Kepada Peratusan Sutera Yang Digunakan Dalam Kain

Unsupported video platform

Tidak menjadi kesalahan jika seseorang berpakaian batik yang bukan diperbuat daripada sutera tulen, kata Mufti Selangor Datuk Tamyes Abdul Wahid.

yahoo.com

Sambil mengakui dirinya juga ada berbaju batik sutera, beliau berkata apa yang dilarang dalam Islam adalah bergantung kepada peratusan sutera dalam kain yang digunakan itu.

yahoo.com

Isu Pengharaman Pemakaian Sutera Ini Ada Digariskan Dalam Hadis Sahih Rasulullah

Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis: “Janganlah kamu memakai sutera, sesungguhnya orang yang memakainya di dunia tidak dapat memakainya di akhirat.” (Sedangkan emas dan sutera perhiasan dalam syurga).

bharian.com.my

Hadis lain yang diriwayatkan Imam al-Tirmizi daripada Abu Musa al-Ansari menyebut, Rasulullah SAW bersabda: “Telah diharamkan memakai sutera dan emas pada orang lelaki daripada umatku dan dihalalkan bagi orang perempuan mereka.”

bharian.com.my

Jadi, Anda Rasa Bagaimana?

BACA JUGA: Shisha Diharamkan Serta Hubungan Lelaki Dan Perempuan Bukan Mahram Dipersoalkan

You may be interested in: