seismik

"Happy 95th Birthday Sir " - Najib Beri Ucapan Hari Lahir Buat Dr Mahathir Di Twitter

Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Cover image via Mothership

Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Razak sememangnya sudah diketahui sebagai dua ahli politik yang mempunyai fahaman serta ideologi berbeza ketika ini

Image via CNA

Meskipun kedua-dua tokoh politik itu pada dahulunya pernah menerajui sebuah parti yang sama iaitu UMNO dan Barisan Nasional (BN), namun pada hari ini kedua-dua insan itu dilihat tidak lagi 'sebulu' dan sering berbeza pendapat dalam pelbagai isu.

Bukan itu sahaja, sejarah turut tercipta apabila kerajaan BN turut ditumpaskan oleh parti yang diketuai oleh Dr Mahathir sendiri iaitu Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu selepas 62 tahun memerintah negara.

Walaupun berbeza fahaman politik, kedua-dua insan tersebut dilihat masih menghormati antara satu sama lain

Buktinya, sempena ulang tahun kelahiran Tun Mahathir yang ke-95 hari ini, Najib secara terbuka memberikan ucapan hari lahir buat tokoh politik itu.

Ucapan tersebut dibuat oleh Najib menerusi laman Twitter miliknya hari ini. Selain memberikan mengucapkan selamat hari jadi kepada Tun Mahathir, Najib juga turut berdoa agar bekas Perdana Menteri yang ke-4 dan ke-7 itu dipanjangkan umur dan sentiasa diberikan kesihatan yang baik.

Sikap profesional yang ditunjukkan oleh Ahli Parlimen Pekan itu sememangnya telah mendapat perhatian netizen di Twitter yang rata-ratanya terharu dengan perkara tersebut

Alhamdulillah, walau macam mana perbezaan pendapat sekalipun, tak salah kalau kita saling hormat-menghormati sesama manusia.

Apapun, Selamat Hari Jadi Tun Dr Mahathir Mohamad daripada kami di SAYS Seismik.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Artikel berkaitan:

You may be interested in: