seismik

Hanya Belikan Plastik Sebagai Bahan Mainan, Lelaki Ini Bersyukur Anak-Anak Tak Merungut

Sebak pula tengok.

Cover image via @ainuntazrie (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Gelaran ketua keluarga bagi setiap lelaki yang sudah berkahwin dan mempunyai anak-anak bukanlah tanggungjawab yang kecil

Sebagai seorang bapa, sudah tentu setiap orang mahukan yang terbaik buat keluarga mereka sendiri terutamanya kebahagiaan anak-anak.

Selain daripada menyediakan tempat tinggal, makanan, dan kelengkapan asas rumah, keperluan anak-anak seperti mainan juga penting untuk tumbesaran mereka.

Namun, bukan semua orang mampu untuk membelikan mainan mahal-mahal untuk anak. Seperti kisah seorang lelaki ini yang hanya mampu belikan plastik untuk anak-anaknya telah meraih perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tak mampu belikan mainan mahal, anak-anak tak merungut walaupun hanya dapat plastik

Menerusi video yang dikongsi oleh @ainuntazrie, kelihatan lelaki itu meluahkan hasrat untuk membelikan mainan buat anak-anaknya di rumah.

Namun, mungkin kerana belum berkemampuan seperti orang lain, dia akhirnya masuk ke dalam sebuah premis dan pergi ke ruang plastik. 

Menurutnya, dia membeli plastik sebagai ganti kepada alat permainan anak-anaknya. Apa yang membuatkan dia sebak adalah apabila kedua orang cahaya matanya dilihat menyukai pemberian tersebut dan seronok bermain plastik bersama-sama.

"Bahagia cara tersendiri, tak perlu ikut orang lain. Semoga encik diberikan kesihatan yang baik untuk mencari nafkah untuk anak-anak" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 39.7K tontonan, 4.6K tanda suka dan 177 perkongsian di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut memberikan kata-kata positif serta doa buat lelaki itu dan keluarganya.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tersentuh tengok reaksi anak-anak dia, macam faham je keadaan ayah diaorang :'(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: