seismik

"Betul Nak Bagi?" - Isteri Terharu Suami Beri Hantaran Al-Quran Hasil Tulisannya Sendiri!

Nizamuddin mengambil masa 3 tahun untuk menyiapkan Al-Quran tersebut.

Cover image via Twitter @rajanazrin_

Bercakap tentang hadiah hantaran, kita tahu barangan itu haruslah merupakan sesuatu yang boleh diguna pakai oleh pasangan pengantin dalam kehidupan harian

Gambar sekadar hiasan.

Image via Ask Wedding

Selalunya untuk pengantin lelaki, akan dihadiahkan barangan yang boleh dipakai seperti pakaian, dompet, jam tangan, dan kasut. Manakala untuk pengantin perempuan pula, ramai yang membayangkan perempuan idamkan pelbagai barangan solek dan produk penjagaan diri.

Kalau mempunyai duit lebih sikit, barangan seperti gizmo dan gadget seperti telefon bimbit, komputer mahupun konsol PlayStation dan XBox dijadikan pilihan untuk diberikan kepada pasangan masing-masing.

Tapi bukankah lebih menarik lagi terharu sekiranya hadiah hantaran itu merupakan hasil tangan pasangan kita sendiri?

Bertuah seorang wanita itu apabila suaminya memilih untuk memberikan senaskhah Al-Quran sebagai hantaran perkahwinan.

Lebih menarik lagi, Al-Quran tersebut merupakan hasil tulisan suaminya sendiri!

Kisah ini viral gara-gara jurugambar kepada pasangan mempelai itu iaitu Raja Nazrin telah berkongsikan satu tweet menunjukkan gambar Al-Quran tersebut.

Sebenarnya Al-Quran tersebut telah dihasilkan semasa pengantin lelaki itu di bangku sekolah menengah lagi

Nizammudin Rahim yang kini berusia 23 tahun telah menulis Al-Quran berkenaan ketika dia sedang belajar di tingkatan satu dan ia siap ditulis ketika dia berada di tingkatan tiga.

"Ia dihasilkan sewaktu saya tingkatan satu. Sebenarnya penulisan ini diwajibkan kepada semua pelajar maahad tempat saya belajar," kata bekas pelajar Maahad Tahfiz al-Quran Wal Qiraat, Pulai Chondong (MTAQPC) itu.

"Sekiranya tak ditulis, pelajar tidak dibenarkan membaca hafalan (tasmi') dengan ustaz.

"Alhamdulillah ia berjaya disiapkan dalam masa tiga tahun," ujarnya kepada MStar.

Kedua mempelai itu telah diijabkabulkan pada 11 April yang lalu

Nizamuddin mendedahkan bahawa idea untuk menjadikan Al-Quran tersebut sebagai hantaran buat isterinya, Nurul Aida R. Azli, 22, datang daripada kedua ibu dan bapanya.

Image via Google

"Ilham untuk bagi hantaran itu daripada mak dan ayah. Mereka pesan supaya simpan Al-Quran itu baik-baik selepas tamat sekolah.

"Isteri juga terharu dan kagum kerana saya menghasilkan sesuatu yang berharga hasil daripada usaha saya sendiri.

"Dia cakap betul ke nak bagi? Sebab bukan senang nak menghasilkannya. Saya anggap ia sebagai hadiah untuk isteri," katanya yang turut mengakui bahawa Al-Quran itu merupakan antara harta paling bernilai dalam hidupnya.

Alhamdulillah.

Semoga kedua mempelai kekal bahagia hingga ke Jannah!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel terkini di SAYS Seismik:

You may be interested in: