seismik

Hampir 3 Juta Views Di TikTok, Jom Cuba Resepi Donat Kentang Ekstra Lembut & Gebu Ini!

Sekali cuba pasti nak lagi.

Cover image via Asian Food Network & Sugar Spun Run

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Donat merupakan kuih kegemaran ramai masyarakat Malaysia

Walaupun donat senang didapati di mana-mana sahaja, kadangkala rasanya tidak menepati cita rasa.

Tahukah anda bahawa donat boleh menjadi sangat lembut, gebu dan lebih sedap jika ditambah satu bahan istimewa iaitu kentang? Anda kena cuba kerana anda pasti akan terkejut dengan hasilnya.

Di sini kami kongsikan resepi donat kentang gebu oleh @cheekykiddo di TikTok.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Tepung gandum
  • Gula pasir
  • Yis segera
  • Serbuk penaik
  • Susu tepung
  • Kentang
  • Salted butter
  • Susu cair
  • Telur
  • Minyak
  • Gula kastor

Cara penyediaan:

1. Masukkan 250g tepung gandum bersama 35g gula pasir, 2 sudu kecil yis segera, 1/4 sudu kecil serbuk penaik dan 2 sudu susu tepung. Kemudian, gaul hingga rata.
Image via googleapis.com
2. Seterusnya, masukkan 100g kentang yang telah direbus dan dilenyekkan ke dalam adunan tepung tadi.
Image via googleapis.com
3. Kemudian, gaul kentang dan adunan tepung hingga sebati.
Image via googleapis.com
4. Sediakan satu mangkuk dan masukkan 2 biji kuning telur, 30g salted butter yang telah dicairkan dan 100ml susu cair. Kemudian, kacau hingga sebati dan masukkan ke dalam adunan tepung secara perlahan-lahan.
Image via googleapis.com
5. Gaul adunan sehingga sebati dan tidak melekat. Kemudian, biarkan selama 30 minit untuk doh naik. Selepas itu, anda boleh uli doh tersebut lalu biarkan lagi selama 10 hingga 15 minit.
Image via googleapis.com
6. Selepas itu, anda boleh bentukkannya menggunakan acuan ataupun cawan. Sapukan minyak pada tapak tangan anda untuk mengelakkan doh melekat. Biarkan lagi selama 20 minit dan anda sudah boleh goreng donat kentang dengan api yang perlahan.
Image via googleapis.com
7. Jika sudah berwarna emas kekuningan, maksudnya donat kentang anda telah masak. Taburkan gula kastor untuk melengkapkan rasa donat kentang yang dibuat. Dah siap!
Image via googleapis.com

Admin pernah rasa sendiri donat kentang ni dan ternyata memang sedap sangat! :D

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: