seismik

Had Pembelian Beras Putih Tempatan Kini Dibenarkan 5 Kampit Setiap Transaksi

Sebelum ini, subsidi BPT hanya diberi dua kampit.

Cover image via Berita Harian

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Had pembelian Beras Putih Tempatan (BPT) bersubsidi daripada dua kampit kini ditingkatkan kepada lima kampit bagi setiap transaksi

Menurut laporan Buletin TV3, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, langkah itu adalah sebagai usaha menggalakkan pengguna membeli beras tempatan dan mengelakkan lambakan stok di pasaran.

Difahamkan, lebih empat juta kampit BPT bersubsidi telah diagihkan ke seluruh negara namun sambutan daripada pengguna masih belum memuaskan setakat 5 Mei lepas.

Image via Utusan Sarawak

"Inilah cabaran yang kita hadapi hari ini apabila sesuatu yang baik ditawarkan belum tentu diterima. Kita mahu memastikan stok BPT bersubsidi ini tidaklah berlapuk dan akhirnya dimakan bubuk. Realitinya, pengguna Malaysia masih cenderung memilih beras berdasarkan jenama," katanya.

Susulan itu, pelancaran kempen nasional bertemakan 'Saya Pilih Beras Tempatan' dijadual bermula bulan Jun ini

Menurut beliau, kempen tersebut dijalankan sebagai satu gerakan untuk meningkatkan kesedaran pengguna bahawa beras tempatan bukan sahaja setanding dari segi kualiti dan rasa, malah memberi nilai ekonomi dan strategik yang besar.

"Beras tempatan dapat membantu pesawah meningkatkan pengeluaran domestik dan yang lebih penting, mengurangkan kebergantungan negara kepada import," katanya lagi.

Image via Buletin TV3

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: