Guru Wanita & Anak Ditemui Mati Berlumuran Darah Dalam Rumah Di Melaka
Menurut laporan, mereka dipercayai dibunuh.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang guru wanita dan anaknya ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah di rumah mereka di Taman Rambai Mutiara, Bukit Rambai, pagi tadi
Menurut laporan Berita Harian, seorang lelaki dipercayai seorang lagi anak wanita terbabit ditemui orang awam dalam keadaan terbaring berlumuran darah di atas jalan di hadapan rumah berkenaan kira-kira jam 6 pagi sebelum dia menghubungi polis.
Pasukan pegawai polis dari Balai Polis Batang 3 bergegas ke lokasi sebaik saja menerima panggilan untuk melakukan siasatan.
Pihak polis juga telah menemui dua lagi mangsa dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri di dalam rumah.
Difahamkan, insiden terbabit mungkin berkait dengan kes pembunuhan
Menurut laporan, pasukan perubatan Hospital Melaka telah memaklumkan wanita berkenaan dipercayai berusia lingkungan 50-an dan anak sulungnya berusia 21 tahun disahkan meninggal dunia.
Difahamkan lagi, guru wanita terbabit merupakan seorang ibu tunggal. Setakat ini, pasukan forensik masih melakukan siasatan di lokasi kejadian dan mayat mangsa belum dibawa keluar oleh pihak polis.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!