seismik

"Hang Tak Kenai Aku Siapa" - Pelajar Ditumbuk Guru Disiplin 'Samseng' Di Kedah

Mangsa yang pernah mengalami patah bahu merasakan kesakitan lalu menghubungi bapanya yang pada ketika itu berada di rumah.

Cover image via Astro Awani

"Hang tak kenai, aku siapa!" - Itulah ungkapan yang dikeluarkan oleh seorang guru disiplin ketika memarahi seorang pelajar tingkatan 4 di sebuah sekolah di Alor Setar, Kedah.

Mangsa, Nahar Danial Aiman Naharudin, 14 ditumbuk di belakang kepala, muka, bahu serta disepak kerana tidak berpakaian kemas ketika ke sekolah.

Insiden tersebut berlaku pada jam 7.40 pagi Rabu lalu di depan pintu pagar sekolah. Katanya, dia tidak sempat meamsukkan baju ke dalam seluar akibat terlewat bangun dan bergegas ke sekolah.

"Cikgu disiplin tegur saya, baju saya tak masuk dalam dan saya tuck in masuk dalam balik. Dia luku kepala saya dan saya kata cikgu jangan main kepala saya. Saya sakit kepala dan tiba-tiba dia pukul belakang kepala saya" katanya semasa ditemuramah wartawan Astro Awani.

Katanya lagi, guru tersebut seterusnya bersikap lebih agresif dengan menyepak dirinya dan berkata "Hang tak kenai aku siapa!"

Image via Astro Awani

Danial yang pernah mengalami patah bahu merasakan kesakitan lalu menghubungi bapanya yang pada ketika itu berada di rumah. Jelas mangsa, ini kejadian yang kedua ke atas dirinya selepas ditampar kerana berambut panjang tahun lalu.

Bapa mangsa, Naharudin Aizan, 38, berkata dia terkejut dengan apa yang berlaku semasa dihubungi oleh anaknya. Dia kemudiannya meminta isterinya ke sekolah untuk membawa pulang anak mereka.

Dia mengambil keputusan untuk melaporkan kepada polis walaupun pihak sekolah pada awalnya mahu berbincang terlebih dahulu kerana baginya tindakan guru tersebut seumpama samseng.

"Seolah-olah dia menunjukkan diri dia sebagai sekorang guru disiplin yang samseng. Kalau nak samseng bukan di dalam kawasan sekolah tetapi di luar," katanya.

Menurut Naharudin lagi, sebagai seorang guru disiplin dia tidak seharusnya mempamerkan sikap sebegitu kerana seolah-olah dia mengajar pelajar tersebut untuk turut menjadi samseng

Sementara itu, jurucakap Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, ketika dihubungi mengesahkan insiden berkenaan dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk siasatan.

Bagaimanapun, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid mahu Jabatan Pendidikan Negeri Kedah menyelesaikan sendiri kes tersebut.

Image via www.padu.edu.my

Saksikan video temuramah mangsa di bawah:

Cikgu disiplin 'samseng'

#HariIni8: [VIDEO] Cikgu disiplin 'samseng', tumbuk pelajar depan sekolah #AWANIhi8

Posted by Astro AWANI on Wednesday, 8 February 2017

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi di SAYS:

You may be interested in: