seismik

Guru Dapat Pemberian Gula-Gula Oleh Anak Murid Sempena Majlis Perpisahan Buat Ramai Sebak

Betapa dia hargainya guru dia.

Cover image via @amanianisha (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan

Para guru juga tidak terkecuali apabila terdapat majlis perpisahan yang akan diadakan di sekolah untuk mengenang jasa mereka berbakti. 

Sudah pasti ketika ini ramai anak murid yang akan memberikan hadiah untuk diberikan kepada guru bagi membalas segala kebaikan dan jasa mereka. 

Begitupun, baru-baru ini tular dalam video yang menunjukkan seorang guru berkongsi hadiah yang diperolehnya telah meraih tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Menangis sebab terharu dapat hadiah gula-gula oleh anak murid

Menerusi video yang dimuat naik oleh @amanianisha di TikTok, kelihatan seorang individu yang juga seorang guru iaitu Cikgu Amani merakam sebuah hadiah yang diberi oleh anak muridnya ketika majlis perpisahannya. 

Dalam video itu, seorang anak muridnya di Sekolah Kebangsaan Ladang Kerilla, Kelantan yang tidak diketahui namanya telah memberikan satu plastik berwarna merah mengandungi dua biji gula-gula mentos yang dibalut dengan kertas putih. 

Hal tersebut menyebabkan dia menangis kerana terharu akan hadiah tersebut dan mengatakan dia akan mengingatinya sampai bila-bila. 

"Effort tu penting. Tahniah dik. Cikgu mesti bangga dengan awak. Hebat didikan mak dan ayahnya" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 889K views, 28K likes dan 668 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut sebak melihat hadiah tersebut dan memuji usaha yang dibuat oleh anak muridnya. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Walaupun kecil tapi amat bermakna, mantap dik! :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: