seismik

Guru Bayar RM10,000 Ganti Rugi Kerana Tampar Pelajar Sehingga Hampir Pekak

Seorang guru bertindak keterlaluan apabila menampar seorang pelajarnya sehingga hampir pekak tahun lepas.

Cover image via sinarharian.com.my

Seorang Guru Yang Menampar Pelajar Sehingga Hampir Pekak Tahun Lalu Memohon Maaf Serta Membayar Ganti Rugi Sebanyak RM10,000

Seorang bapa bersetuju untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah apabila seorang guru memohon maaf dan membayar ganti rugi sebanyak RM10,000 selepas secara tidak sengaja mendatangkan kecederaan kepada anak lelakinya.

buletintempatan.com

Bapa mangsa, Jailani Jawan berhasrat menggunakan wang RM10,000 tersebut untuk membiayai kos rawatan gegendang telinga anaknya.

Image via sinarharian.com.my

Bapa mangsa, Jailani Jawan, 43, berkata, pihaknya juga berhasrat membatalkan laporan polis dibuat sebelum ini termasuk tidak meneruskan tindakan undang-undang terhadap guru terbabit kerana menganggap ia telah diselesaikan cara baik.

sinarharian.com.my

“Jumlah ganti rugi yang diterima akan digunakan sepenuhnya untuk merawat kecederaan pada bahagian gegendang telinga kiri anak saya memandangkan kos perubatan dianggarkan menelan belanja lebih kurang RM10,000,” katanya.

ammboi.com

Kes Ini Berlaku Pada Jun 2013 Apabila Pelajar, Mohd Jazman Dituduh Memancitkan Tayar Kereta Seorang Guru Wanita Di Sekolah

Norlaila menunjukkan laporan polis yang telah dibuat pada tahun lepas.

Image via sinarharian.com.my

Mohd Jazman Jailani, 15, mendakwa ditampar guru lelaki itu kira-kira jam 11 pagi selepas dia dituduh memancitkan tayar kereta seorang guru perempuan, bersama beberapa murid lain.

sinarharian.com.my

“Apabila tiba di bilik guru, cikgu itu bertanya mengenai tayar kereta cikgu (perempuan) yang pancit minggu lalu. Saya menafikan saya terlibat. Dia tidak percaya dan menampar pipi kiri saya dengan kuat. Telinga saya rasa berdengung sampai sekarang,” kata Mohd Jazman sehari selepas guru terbabit.

sinarharian.com.my

Ibu Bapa Mangsa Hanya Menyedari Perkara Itu Apabila Mangsa Mengadu Sakit Pada Bahagian Telinga Setelah Bangun Tidur

Jailani berkata, dia dan isteri, Norlaila Jusoh, 42, hanya mengetahui kejadian menimpa anak keempat daripada tujuh beradik itu apabila mangsa mengadu sakit pada bahagian telinga apabila bangun tidur.

ammboi.com

Doktor mengesahkan terdapat kecederaan pada gegendang telinga Mohd Jazman.

Image via aminain.fotopages.com

Isterinya kemudian membawa anak mereka ke Klinik Kesihatan Gong Balai, Merchang sebelum ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu untuk pemeriksaan lanjut.

ammboi.com

Seteleh diperiksa, doktor Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu mengesahkan terdapat kcederaan pada gegendang telinganya.

blogspot.com

Berikutan insiden itu, keluarga Jailani turut membuat laporan polis di Balai Polis Merchang.

ammboi.com

Kedua-Dua Pihak Bersetuju Untuk Tidak Menimbulkan Lagi Isu Ini Pada Masa Akan Datang Dan Menganggap Kes Ini Telah Selesai

Mengulas lanjut, Jailani berkata, pihaknya juga membuat satu perjanjian dengan guru terbabit untuk tidak lagi mengungkit mengenai perkara itu pada masa akan datang termasuk menerima ganti rugi atas persetujuan kedua belah pihak.

sinarharian.com.my

Baru-Baru Ini, Seorang Guru Dipercayai Telah Meracun 20 Ekor Kucing Sehingga Mati

Juga, Pelajar OKU 11 Tahun Dirotan Guru Berkali-Kali Sehingga Lebam

You may be interested in: