seismik

Geram Dengan Individu Selamba Double Park, Pak Nil Tolong Jururawat Cari Owner Kereta

Terus tak jadi marah akak tu bila nampak Pak Nil.

Cover image via @datukaznilnawawi (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Masalah double park kereta bukanlah satu perkara asing lagi dalam negara kita ini

Di mana-mana saja kita dapat melihat orang bergaduh gara-gara sikap segelintir individu yang tidak ada tanggungjawab selamba double park depan kereta lain dalam tempoh lama.

Baru-baru ini, tular pula rakaman video yang dimuat naik oleh pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi atau lebih dikenali sebagai Pak Nil menolong seorang jururawat ketika keretanya dihalang oleh kenderaan lain.

Menerusi video berdurasi 2 minit 52 saat itu, Pak Nil ternampak jururawat berkenaan ke hulu ke hilir mencari pemilik kenderaan yang menghalang keretanya.

Tidak lama selepas itu, Pak Nil turun dari kereta dan menyapa jururawat tersebut. Malah, Pak Nil turut masuk ke dalam salah sebuah kedai dan menjerit nombor kenderaan yang double park itu.

Jururawat berkenaan kelihatan terkejut sebaik saja melihat Pak Nil sanggup menolongnya. Dia juga sempat selfie bersama Pak Nil sejurus kenderaan berkenaan beredar dari tempat parkir itu.

"Dah lah double parking, orang lain tunggu berjam-jam untuk keluar parking. Dah masuk kereta terus blah tak minta maaf pun. Ada bawak anak, and anak tu nanti mesti ingat it’s ok untuk terus blah n tak rasa bersalah," kata Pak Nil.

Lihat video penuh di bawah:

@datukaznilnawawi

Dah lah double parking, org lain tunggu berjam2 untuk keluar parking. Dah masuk kereta terus blah xmintak maaf pun. Ada bawak anak, and anak tu nanti mesti ingat it’s ok utk terus blah n xrasa bersalah. ADAB Laporan : TVXPASTI

original sound - Datuk Aznil Nawawi - Datuk Aznil Nawawi

Apa-apa pun, Pak Nil memang terbaik sebab sanggup tolong cari owner kereta double park tu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: