seismik

'Abang Long Fadhil' - Bekas Gengster Kini Bertaubat Selepas Mimpi Hari Kiamat

Syukur, Alhamdulillah!

Cover image via Sinar Online

'Abang Long Fadhil' - apabila mendengar nama ini pasti anda akan terus terbayangkan watak yang dibawa oleh Zizan Razak dalam filem KL Gangster

Tetapi, tahukah anda ternyata sememangnya wujud 'Abang Long Fadhil' di dalam dunia realiti?

'Abang Long Fadhil' atau nama sebenarnya Muhd Fadhil, 29 merupakan seorang bekas gengster dari negara jiran, Singapura telah kembali ke jalan Allah SWT selepas mendapat mimpi hari kiamat.

Muhd Fadhil, 'Abang Long Fadhil'

Image via Sinar Online

Walaupun sering menerima pandangan sinis orang ramai apabila ke surau atau masjid kerana wajahnya yang bertatu, beliau tidak mempedulikan persepsi orang ramai mengenainya dan terus bertekad untuk berubah.

Kisahnya itu dikongsi di dalam sebuah video dan telah menjadi viral di laman Facebook setelah dimuatnaik di laman YouTube Ar-RahmanTV.

Beliau mula berubah apabila beliau mendapat sebuah mimpi mengenai hari kiamat pada tahun 2014

“Pada Januari 2014, saya mimpi hari Kiamat. Dalam mimpi itu saya sedang berhibur di pantai, minum arak dengan kawan-kawan, tiba-tiba ombak tinggi datang dan saya jerit ajak kawan-kawan lari dan saya terus lari. Apabila saya toleh belakang, semua kawan saya tak ada, ombak setinggi lapan tingkat tadi pun tak ada.

“Saya tak keluar rumah sebulan lepas mimpi itu. Saya takut mati. Satu hari kawan telefon tanya nak pergi masjid atau tak. Ketika itu saya tersentak sebab kalau saya keluar rumah saya mati dan kalau saya tidak keluar rumah, saya pasti mati,” kata Fadhil.

sinarharian.com.my

Selepas kejadian itu beliau mula solat jemaah di masjid, bertemu jemaah tabligh dan mula berhijrah

“Tapi seminggu, dua minggu saya pergi masjid, bertemu jemaah tabligh dan mula berhijrah. Namun masih belum lagi mencari ALLAH dengan sempurna. Selepas genap 40 hari bersama mereka, saya benar-benar yakin Keesaan ALLAH SWT itu,” katanya lagi.

Abang Long Fadhil bersama Ustaz Azhar Idrus dan sahabat yang lain.

Image via www.penangkini.com

Fadhil memberitahu bahawa beliau mengambil masa selama lapan bulan hanya untuk belajar surah al-Fatihah

“Saya kalau cakap orang tak percaya. Bukan mudah untuk saya hafal. Tapi betullah ALLAH itu benar... susah nak cakap.

“Orang kata hari-hari minum manis boleh potong kaki tapi kemanisan iman yang ALLAH beri itu tak akan potong kaki. Kemanisannya itu dapat dirasai dalam hati... sayunya semacam,” katanya.

sinarharian.com.my

Bercerita mengenai kisah hidupnya, Fadhil memberitahu, tatu pertama yang dibuat pada tubuhnya adalah semasa beliau berumur 12 tahun dan terakhir pada usia 22 tahun iaitu pada wajah dan lehernya

Beliau memberitahu, tatu pertama yang dibuat adalah pada tangan yang mana dibantu oleh rakan-rakannya.

Bahkan, beliau pertama kali dimasukkan ke penjara ketika berusia 12 tahun kerana memukul budak yang dua tahun lebih tua darinya dengan kayu dalam satu pergaduhan.

“Pertama kali saya ditahan pada usia 12 tahun sebab pukul budak berusia 14 tahun dan mak ayah budak itu membuat laporan polis. Saya anggap masa lalu saya itu sebagai mimpi ngeri dalam hidup saya,” katanya.

sinarharian.com.my

Tambahnya lagi di dalam video tersebut, arak dan makan babi itu perkara biasa dalam hidupnya dan babi itu antara makanan paling sedap yang beliau pernah makan. Beliau juga selalu turut serta dalam pergaduhan antara geng gangster di Singapura.

Penghijrahan beliau bermula sedikit demi sedikit. Beliau mula meninggalkan babi dan arak setelah timbul perasaan geli terhadap kedua-dua benda haram itu.

Dalam nada sayu, Fadhil mengakui telah banyak melukakan hati ibunya. Beliau memilih jalan baru di dalam hidupnya setelah sekian lama bergelumang dengan dosa. Semuanya itu selain demi ALLAH, ia juga demi untuk menggembirakan ibu yang melahirkannya.

Ibu Fadhil.

Image via Ar-RahmanTV/YouTube

Sementara itu, ibu Fadhil dalam rakaman tersebut memberitahu meskipun anak lelakinya itu memilih jalan hitam namun beliau tidak ‘membuangnya’.

“Saya anggap ini cubaan dari ALLAH untuk melihat penerimaan kita. Sepatutnya kita doakan untuk dia bukan menyumpah seranah.

“Insya-ALLAH akan dimakbulkan tapi bukan dalam masa yang singkat. Lihat sekarang, ALLAH sudah menjawab. Sekarang saya sudah tenang,” katanya mengalirkan air mata.

sinarharian.com.my

Tonton video penuh wawancara beliau di bawah:

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK serta 'follow' kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: