seismik

Geng Lelaki Ini Tak Keruan Tiba-Tiba Dengar Suara Wanita 'Menyanyi' Di Mikrofon Jam 2 Pagi

Pandai pula 'dia' nyanyi lagu mat salleh.

Cover image via @fendihamzah (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mencipta memori indah bersama rakan-rakan merupakan satu perkara yang amat dirindui sehingga kini

Iyalah, bukan setiap masa untuk kita luangkan bersama dengan rakan-rakan. Berseronoklah sehingga tiba waktunya untuk kita fokus pada haluan masing-masing.

Lain pula yang terjadi pada video ini berkenaan gelagat sekumpulan lelaki yang terdengar suara aneh ketika melepak pada awal pagi telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Sedang seronok melepak pukul 2 pagi, terdengar suara wanita menyanyi pada mikrofon bluetooth

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @fendihamzah di TikTok, dilihat gelagat beberapa orang lelaki kehairanan melihat sebuah mikrofon yang 'bernyanyi' sendiri.

Malah, suara itu merupakan suara seorang wanita yang menyanyikan lagu A Thousand Years oleh Christina Perri.

Pada ketika itu, mereka semua sedang melepak pada jam 2 pagi di sebuah villa bagi mengisi masa lapang bersama.

Lihat video lain di bawah:


"Kalau setakat kena ganggu macam ni, saya pun takut bang" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 577.1K tontonan, 14K tanda suka dan 612 komen di TikTok, rata-rata netizen turut seram dengan situasi itu.

Malah, ada juga yang sangka mungkin ada jiran-jiran yang connect bluetooth tanpa sengaja.

Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:

Dalam banyak-banyak lagu Melayu, lagu orang mat salleh juga hantu tu pilih. Next level :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: