seismik

Gelagat Pemuda Tunjuk Cara Pecutan Akhir Final Exam Pelajar Politeknik Ini Bikin Dekah

Pecutan turbo ni.

Cover image via @orangilajitra (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap pusat pengajian pastinya mempunyai peperiksaan akhir untuk menentukan keputusan adakah lulus atau gagal

Semua pelajar yang mendaftar kursus yang mempunyai peperiksaan akhir diwajibkan menduduki peperiksaan akhir yang dijadualkan. Oleh itu, mereka haruslah bersiap sedia dengan belajar subjek tersebut supaya dapat menjawabnya dengan baik.

Namun, lain pula yang jadi apabila baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan sekumpulan pelajar lelaki belajar untuk peperiksaan akhir telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah: 

@orangilajitra

Pecutan akhir final exam student poli …

originalljud - Illuminati

Letak telefon dan peranti siswa nota subjek dekat kepala member

Menerusi video yang dimuat naik oleh @orangilajitra di TikTok, kelihatan seorang lelaki berbaju kuning sedang baring sambil 'menghafal' nota-nota subjek bagi peperiksaan akhir di politeknik. 

Apa yang mencuit hati adalah nota topik yang terdapat dalam telefon bimbit dan peranti siswa itu telah diletakkan oleh kawan-kawannya di kepala lelaki berkenaan untuk di 'transfer' dalam otaknya sebagai pecutan akhir. 

Paling menghibur dalam video itu adalah apabila reaksi lelaki tersebut yang dilihat meronta-ronta dan menjerit apabila nota-nota berkenaan dihalakan kepadanya. 

"Selalunya, scene-scene macam ni banyak kita boleh lihat di hujung semester haha" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 888.6K views, 117.3K likes dan 1,414 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat cara belajar mereka dan memberikan komen yang mencuit hati mengenainya.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok

Apa pun admin doakan semoga berjaya dan dipermudah segala urusan untuk menjawab peperiksaan akhir!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: