seismik

[VIDEO] Gelagat Pemuda Syok Dapat Makan Free Di 'Markas' PH Ini Curi Tumpuan Warganet

Selera betul dia.

Cover image via @mdsy4hh_ (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum sedia maklum, rakyat Malaysia yang layak mengundi akan menjalankan tanggungjawab kepada negara pada 19 November 2022 ini

Setiap orang berhak untuk mengundi parti mana yang mereka mahu dan undian itu adalah rahsia. Hanya kita saja yang tahu siapa yang bakal diundi nanti.

Baru-baru ini, tular pula gelagat seorang pemuda menikmati makanan di khemah Pakatan Harapan tetapi kapsyennya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Selera makan dekat khemah, tapi kapsyen pula jadi tanda tanya

Menerusi video yang dimuat naik oleh @mdsy4hh_, kelihatan pemuda itu sedang makan di khemah Pakatan Harapan di sebuah kawasan.

Apa yang menjadi perhatian adalah apabila kapsyen di video tersebut seolah-olah mengundang tanda tanya ramai tentang parti mana yang bakal diundinya nanti.

"Diam-diam membantai makanan di markas PH, bergerak mengundi PN," katanya.

"Abang aku pemuda BN, diam-diam pangkah lain. Saya pun makan kat kempen BN tapi sokong PH haha" - Warganet

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 650K views, 53.3K likes dan 1.5K comments di TikTok, rata-rata warganet turut memberikan pendapat masing-masing mengenainya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Memang kita ada hak untuk undi siapa-siapa. Tapi janganlah ambil kesempatan pula okay guys? :)

Follow SAYS Seismik dan dapatkan berita serta liputan politik tanah air terkini di sini sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: