seismik

Gelagat Murid Tadika Minta Cikgu Check Kerja Sekolah Ini Curi Perhatian Warganet. Comel!

Cikgu pun layan jelah.

Cover image via @clengsurepretty (TikTok)

Cikgu ibarat ibu dan bapa di sekolah, merekalah yang bertanggungjawab untuk mengajar dan mendidik anak murid sehingga berjaya

Lebih-lebih lagi jika menjadi guru tadika atau sekolah rendah kerana telatah mereka ini lebih menghiburkan.

Sama seperti video perkongsian di TikTok ini apabila gelagat seorang murid yang meminta cikgunya untuk menyemak kerja sekolah telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Panggil cikgu banyak kali nak minta check kerja sekolah

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang murid lelaki itu baru saja selepas menyiapkan kerja sekolah yang telah diberikan oleh cikgunya.

Dia kemudian berulang kali memanggil cikgunya untuk memberitahu dia sudah menyiapkan kerja sekolah sehinggalah cikgunya itu menyahut penggilan murid lelaki berkenaan.

Selepas itu, dia terus ke depan meja cikgu tersebut untuk memberikan kerja sekolahnya itu untuk disemak.

Namun, dalam masa yang sama mulutnya tidak henti-henti memanggil 'cikgu'. Akhirnya, cikgu itu memberikan sepenuh perhatian dan tumpuan kepadanya.

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:

"Mesti dekat rumah dia active belajar dengan parents" - Warganet

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet ramai memuji kesungguhan murid lelaki tersebut yang begitu bersemangat sekali.

Malah, ada juga terhibur melihat gelagatnya yang begitu comel kerana memanggil cikgu berulang kali.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 37.7K likes, 951 comments dan 932 shares di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Aduhai, cara dia nak tarik perhatian cikgu tu comel betul! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: