seismik

Gelagat Gadis Ini Menyorok Belakang Langsir Sebab Ada Lelaki Datang Repair TV Bikin Dekah!

Tak terfikir pula dia menyorok dekat situ.

Cover image via @dhzjie (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sebagai seorang perempuan yang bertudung, sudah tentu aurat adalah penjagaan paling utama dalam diri

Kadangkala ada yang sehingga memakai apa saja demi menutup aurat jika ternampak lelaki bukan mahram di dalam rumah betul tak? Apa yang ada berdekatan semua dicapainya.

Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila gelagat seorang gadis menyorok belakang langsir kerana kehadiran seorang lelaki telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@dhzjie

bila kau staycation tiba tiba tv takde signal abang maintenance berdesup datang, tak sempat pakai capai pape ##staycation ##fyp

original sound - iintvnr

Tak sempat capai tudung, terpaksa menyorok belakang langsir

Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan gadis sedang berada di dalam sebuah bilik hotel. Difahamkan mereka sedang bercuti bersama.

Namun, setibanya di situ televisyen pula rosak dan tidak mempunyai siaran. Disebabkan itu, mereka terpaksa memberitahu kepada pihak hotel untuk menghantar orang yang bertanggungjawab.

Apa yang lebih menghiburkan adalah sebaik saja seorang lelaki yang juga abang maintenance datang, salah seorang gadis dilihat tidak sempat mencapai tudungnya membuatkan dia mengambil keputusan untuk menyorok di belakang langsir.

Perkara itu membuatkan rakan-rakannya yang lain tergelak melihat gelagatnya itu.

"Abang tu be like: Aku yang salah ke? Aku datang salah waktu?" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat gadis itu. Namun, ramai juga yang memujinya kerana menjaga aurat.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 128.2K views, 15.5K likes dan 60 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Tiba-tiba muncul idea dia ya nak menyorok belakang tu! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: