seismik

Gara-gara Soalan SPM, Habis Instagram Wanita Ini Kena ‘Harass’ Dengan Budak-budak Sekolah

Korang ni tak chill la...

Cover image via Instagram @LauraMelissaWilliams & nst

Apa perasaan anda kalau tiba-tiba laman Instagram anda dihujani dengan komen-komen yang pelik?

Seorang wanita bernama Laura Melissa William berhadapan dengan peristiwa pelik tetapi benar apabila sebuah foto di laman Instagram miliknya itu dihujani dengan komen-komen bahasa asing. 

Dalam foto yang dimuat naik pada bulan Julai itu menunjukkan dia mencuba sukan paragliding di pergunungan Alps di Perancis. 

Foto itu sahaja dia mendapat lebih 21,000 tanda suka dan juga hampir 7,000 komen di mana hampir kesemuanya di dalam bahasa Malaysia

Rupa-rupanya, nama Melissa dan sukan paragliding keluar dalam kertas Bahasa Inggeris Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Perbuatan tersebut ternyata salah malah ia turut memberikan imej yang buruk kepada Malaysia, sepatutnya perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja

Susulan itu, ada netizen yang meluahkan rasa kesal dengan komen-komen yang tidak matang itu

Kemudian, ada pula yang bertindak untuk menghantar direct message kepada wanita itu untuk menjelaskan situasi tersebut

"I dm-ed her anyway because I feel sorry for her. She did nothing wrong and everyone just can’t calm down like the questions weren’t HOTS at all," tulisnya. 

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Siapa yang suka buli ni hati-hati tau:

You may be interested in: