Gara-Gara Bergurau Tak Jumpa Arah Kiblat Di Makkah, Influencer Indonesia Terus Jatuh Sakit
Dekat tanah suci janganlah buat main-main ya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebagai umat Islam, dijemput ke Tanah Suci merupakan pengalaman yang paling berharga buat diri kita
Iyalah, tak semua orang mampu dan dapat rezeki untuk menjejakkan kaki di sana. Jadi, kalau anda dipanggil, pastinya timbul rasa teruja dan syukur itu.
Kita juga tahu semasa di sana, kita perlu elakkan gurauan dan perkara yang boleh mendatangkan kontroversi dan tidak sepatutnya. Fokus kita hanyalah untuk beribadah di sana.
Namun, baru-baru ini tular selepas seorang pempengaruh daripada Indonesia dikenali sebagai Mak Beti menimbulkan kontroversi semasa berada di Makkah yang mendapat pelbagai reaksi ramai.
Pura-pura tak tahu mana arah kiblat masa di Makkah
Menerusi perkongsian video di media sosial, kelihatan pempengaruh berkenaan sedang berada di Makkah untuk menunaikan Umrah.
Di dalam video itu, dia telah bergurau dengan bertanyakan di manakah arah kiblat, sedangkan sudah terang-terangan latar belakangnya adalah Kaabah.
"Macam mana hotel ini, tak sediakan arah kiblat, bagaimana saya nak sembahyang. Nak kena hadap ke mana" ujarnya.
Terus kena sakit 'mengejut' lepas buat gurauan
Akibat daripada gurauan itu, dia telah jatuh sakit secara mengejut dan segera mendapatkan rawatan.
Difahamkan, dia telah mengalami sakit dengan gejala teruk seperti pening, demam, menggigil, sesak nafas, dan jantung berdebar laju.
Malah, dia juga meluahkan rasa kesalnya terhadap gurauan tersebut dan redha dengan ujian yang diberikan Allah SWT.
"Terima kasih Ya Allah telah berikan sakit. Terima kasih atas tegurannya. Jaga kesihatan semua," tulisnya.
Namun, tidak ada kepastian sama ada dia dirawat di hospital di Arab Saudi ataupun di Indonesia.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!