seismik

Gara-Gara Bengang Difitnah Berdua-duaan Dengan Lelaki, Bekas Ustazah Pukul Rakan Sekerja

Pergaduhan dikatakan berlaku dalam kelas di hadapan murid sekolah.

Cover image via Harakah Daily & Sinar Harian

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang bekas ustazah di sebuah sekolah rendah agama (SRA) didakwa di mahkamah atas pertuduhan memukul rakan sekerjanya

Menurut sumber, mangsa dipukul selepas dikatakan menuduhnya keluar berduaan dengan seorang lelaki.

Pergaduhan itu berlaku dalam kelas di hadapan murid-murid tahun dua di sekolah berkenaan dengan kedua-duanya saling menarik tudung dan memukul antara satu sama lain.

Nurul Hidayah, 24 didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap Nurul Nadirah Ahmad Ropei, 24 pada pukul 2.40 petang di sebuah kelas Sekolah Rendah Agama (JAIM) Taman Bukit Rambai, Melaka Tengah, pada 28 September 2022.

Image via Berita Harian

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun serta denda

Difahamkan, pergaduhan antara kedua-dua guru wanita itu tercetus selepas tertuduh berang mangsa telah memfitnah dirinya dengan memberitahu kepada guru besar sekolah bahawa dia telah keluar berduaan dengan lelaki lain.

Walau bagaimanapun Nurul Hidayah mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan selepas dibacakan pertuduhan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: