seismik

Ini Merupakan Kawasan Yang Akan Terjejas Dengan Gangguan Bekalan Air Bermula Hari Esok

Pemotongan bekalan air ini akan menjejaskan lebih kurang 577 kawasan di daerah Klang/Shah Alam, Petaling, Gombak, Kuala Lumpur, Kuala Langat, dan Kuala Selangor.

Cover image via Google

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) akan melakukan kerja-kerja penambahbaikan Sistem Bekalan Air Loji Rawatan Air SSP2 bermula esok, 24 April 2019

Proses naik taraf ini akan mula dijalankan dari jam 9 pagi hingga 11 malam. Namun begitu beberapa tempat mungkin akan mengambil masa sehingga 86 jam untuk proses pemulihan bekalan air sepenuhnya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Kerja-kerja penambahbaikan ini akan melibatkan beberapa kawasan yang akan terjejas mengikut tempoh masa gangguan yang berbeza di setiap daerah.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Malay Mail

Berikut merupakan kawasan-kawasan yang akan terjejas oleh gangguan bekalan air dan diikuti dengan tempoh masa gangguan:

1. Kuala Lumpur

2. Klang/Shah Alam

3. Petaling

4. Gombak

5. Kuala Langat & Kuala Selangor

Syabas menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah awal dengan menyimpan air yang mencukupi sebelum tarikh gangguan bekalan air bermula hari ini

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Metro

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Malay Mail, Air Selangor akan mengambil langkah untuk meminimumkan kesan gangguan bekalan air. Ini termasuk menyediakan tangki air, tangki statik, paip awam, stesen pengisian air, dan juga mengedarkan air botol kepada mereka yang terjejas.

Selain itu, pihak Air Selangor juga akan mengerakkan sebanyak 82 lori-lori tangki air serta 17 lori-lori tangki jumbo sepanjang tempoh gangguan bekalan dengan keutamaan bagi kecemasan dan premis-premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan sebagainya.

Lori tangki Air Selangor siap sedia bagi menghantar bekalan air kecemasan kepada pelanggan pada 26 April 2019.

Image via Air Selangor
Image via Air Selangor

Malah, pihak Air Selangor juga akan turut menyediakan 10 buah Pusat Khidmat Setempat (PKS) bagi memberikan bantuan air melalui lori tangki di lokasi-lokasi seperti di bawah:

Image via fbcdn.net

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Air Selangor, tempoh perbaikan bakal mengambil masa selama 14 jam. Manakala proses pemulihan air akan diteruskan secara beransur-ansur bergantung kepada lokasi selepas tempoh pembaikan 14 jam tersebut.

Pemulihan penuh pula dijangka selepas waktu yang dimaklumkan mengikut kawasan-kawasan yang disebutkan di atas.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web Syabas Facebook dan Twitter Air Selangor

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Berita terkini hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: