Gamuda Gardens Perkenalkan 'The Clove' - Konsep Kediaman Baharu Di Malaysia!
Jangan lepaskan peluang, alami sendiri The Clove (Park Homes) pada 26 & 27 April ini di Gamuda Gardens!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Artikel ini ditaja oleh Gamuda Gardens.
Setiap daripada kita pasti ada sebuah impian untuk memiliki kediaman yang terbaik buat seisi keluarga bukan?
Setiap orang impikan rumah yang bukan sekadar tempat tinggal — tapi ruang selesa untuk berkumpul, berehat dan membina memori bersama keluarga yang tersayang.
Kini, impian itu boleh menjadi realiti dengan The Clove — kediaman ‘park homes’ pertama seumpamanya di Malaysia, kini di perbandaran Gamuda Gardens.
1. Taman Persendirian Untuk Setiap Unit
Dengan memiliki kediaman The Clove, anda kini memiliki taman persendirian. Bagi mereka yang gemarkan aktiviti seperti berkebun dan menanam pokok bunga, ruang ini sememangnya sesuai untuk anda.
Bukan itu sahaja, ia juga boleh menjadi tempat privasi untuk melakukan aktiviti luar seisi keluarga di samping mempunyai sambungan terus ke ruang laman di bahagian luar rumah.
2. Laman Bebas Kenderaan
Eksklusif hanya untuk setiap kediaman dalam kelompok 8 unit ini, penghuni dapat mengakses dari laman peribadi ke ruang laman yang luas sesuai untuk berjalan santai pada waktu petang dan beriadah bersama keluarga dan jiran.
Dengan keluasan seluas 100 kaki persegi, ruang bebas kereta ini dapat diakses dengan mudah disebabkan ia terletak hanya di bahagian luar tepi kediaman ini.
3. Reka Bentuk Biofilik
Kediaman The Clove ini turut dilengkapi dengan reka bentuk biofilik, konsep mendekatkan manusia dengan alam semula jadi.
Ciri istimewa ini dapat memberikan penghuni lebih sumber pencahayaan & pengudaraan semula jadi untuk suasana lebih sihat dan nyaman bagi kualiti hidup yang lebih baik.
4. Susun Atur Fleksibel
Boleh diubah suai dari awal mengikut kreativiti dan idea tersendiri – sama ada untuk bilik tambahan, ruang kerja, atau bilik ibadah.
5. Privasi & Akses Hijau
Hanya 8 unit dalam satu kelompok – lebih eksklusif, lebih tenang dan lebih selamat.
Pelancaran Rasmi The Clove – Jangan Ketinggalan!
Tarikh: 26 & 27 April 2025 (Sabtu & Ahad)
Masa: 3.00 petang – 10.00 malam
Lokasi: Gamuda Gardens
Pelbagai aktiviti menarik menanti, termasuk pelbagai pilihan di bazaar, live band, bengkel seni, dan jangan terlepas peluang naik belon udara panas!* (tempat adalah terhad! Pendaftaran bermula jam 3 petang - siapa cepat, dia dapat! Tertakluk kepada terma dan syarat).
Daftar sekarang di SINI atau scan sahaja kod QR di bawah.
*Tertakluk kepada terma dan syarat, tawaran adalah terhad
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!