[GAMBAR] Pensyarah UiTM Shah Alam Terlanggar Pelajar Sehingga Maut Dalam Kampus
Mangsa dikatakan baru sahaja selesai menghadiri kuliah bersama rakan-rakan sebelum dirempuh sebuah kereta sehingga maut.
[TERKINI] Permintaan Terakhir Fatin Tertunai Sebelum Meninggal Dunia
Seorang ibu tidak menyangka hasrat anak sulungnya untuk bertemu bapa tersayang selepas dua tahun berpisah, rupanya menjadi permintaan terakhir sebelum si anak menemui ajal dalam satu kemalangan di kampus pengajiannya.
Gambar arwah (kanan) bersama seorang rakannya ketika bersekolah di Sekolah Menengah Sains Dungun, Terengganu.
Image via sinarharian.com.myIbu mangsa, Nortipah Khalid, 42, berkata, arwah anaknya, Fatin Farah Faraddia Yusuf, 20, yang pulang bercuti sempena Aidilfitri baru-baru ini beria-ia mahu bertemu bapanya, Yusuf Yunus, 41, yang berpisah dengan ibunya sejak dua tahun lalu.
Nortipah berkata, untuk tidak menghampakan permintaan anaknya itu, dia membawa arwah bertemu bekas suaminya itu di Sri Bandi Kemaman dan mereka sempat bermaaf-maafan antara satu sama lain.
Menurutnya Lagi, Walaupun Mereka Tinggal Berjauhan, Namun Arwah Sentiasa Menghubunginya, Terutama Jika Anaknya Itu Ingin Menduduki Peperiksaan
Kata Nortipah, dia masih terkejut dengan berita kematian anak perempuannya itu kerana arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan, apatah lagi dia baharu bercakap dengan arwah melalui telefon seminggu lalu.
Nortipah sempat mengucup jenazah arwah anaknya, Fatin Farah Faraddia sebaik sampai di Masjid Minda untuk disembahyangkan.
Image via sinarharian.com.my“Dia baru menghubungi makcik minggu lalu memberitahu dia agak sibuk kerana sedang membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan. Tiba-tiba petang semalam (18 September 2014) mak cik terima panggilan telefon memaklumkan dia terlibat dalam kemalangan, susah nak percaya,” kata Nortipah.
Menurut Nortipah, ketika arwah menghubunginya minggu lalu, anaknya yang juga penuntut jurusan Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam juga sempat bertanyakan alamat rumah untuk mengirim baju T yang dicetaknya di kampus.
Pada 18 September 2014, Kegembiraan Seorang Penuntut Wanita UiTM Shah Alam Yang Sedang Merakam Gambar Bersama Rakannya Berakhir Tragedi Apabila Dia Maut Dirempuh Sebuah Kereta Di Kawasan Kampus
Seorang pelajar diploma di sebuah institusi pengajian tinggi awam meninggal dunia selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya, dalam kampus universiti berkenaan.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.20 petang itu, mangsa, Fatin Farah Faraddia Yusof, 20, maut selepas mengalami kecederaan dalaman.
Semasa Kejadian, Mangsa Dikatakan Baru Selesai Menghadiri Kuliah Sebelum Dirempuh Sebuah Kereta Yang Dipandu Seorang Pensyarah Wanita Sehingga Tercampak Ke Bawah Bukit Setinggi Lima Meter
Ketika kejadian, mangsa sedang berjalan bersama-sama seorang rakannya apabila sebuah kereta dipercayai dipandu seorang pensyarah, terbabas lalu melanggar mangsa.
Akibat daripada rempuhan kereta itu menyebabkan mangsa terjatuh dan tercampak ke bawah bukit berdekatan setinggi kira-kira lima meter.
Mangsa Kemudiannya Dihantar Ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang Namun Dilaporkan Meninggal Dunia Pada Jam 7.30 Malam Akibat Pendarahan Dalaman
Mangsa dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang sejurus kejadian dan dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat pendarahan dalaman.
Difahamkan, Fatin Farah Faraddia Yusuf merupakan seorang pelajar Diploma Pengajian Sains Sukan tahun kedua di UiTM Shah Alam.
Menurut Sumber, Pensyarah Yang Merempuh Mangsa Itu Dikatakan Sedang Mengalami Masalah Kesihatan Menyebabkan Beliau Gagal Mengawal Kenderaan Yang Dipandunya
“Pensyarah yang merempuh mangsa dikatakan mengalami masalah kesihatan sebelum kejadian sehingga menyebabkan beliau gagal mengawal kenderaan yang dipandunya."
“Pensyarah terbabit kini menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Shah Alam untuk mendapat pemantauan doktor,” kata Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM, Prof Dr Azizul Halim Yahya ketika ditemui di perkarangan Rumah Mayat HTAR pada 18 September 2014.
Jenazah Fatin Akan Dibawa Ke Kampung Halamannya Di Dungun, Terengganu Untuk Dikebumikan Sebaik Proses Bedah Siasat Selesai Dijalankan
Sama-Sama Kita Sedekahkan Al-Fatihah Buat Mangsa Kemalangan, Fatin Farah Faraddia. Semoga Ditempatkan Dalam Kalangan Orang-Orang Yang Beriman.