seismik

[FOTO] Anak Jadikan Mak Ayah ‘Pengantin Baru’ & Buat Photoshoot Hari Ibu. Nampak Sweet Je!

Hehe semoga berbahagia selamanya!

Cover image via Nur Fauzani/Facebook

Tanggal 14 Mei setiap tahun, kita akan menyambut satu hari yang istimewa buat wanita yang banyak berjasa kepada keluarga dan diri kita sendiri iaitu Hari Ibu

Hari Ibu dirai bagi memperingati dan menghargai segala jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh kaum ibu terhadap keluarga dan anak-anak tercinta.

Jadi pada waktu inilah, anak-anak akan meraikannya dengan kejutan seperti membeli kek, membawa ibu berjalan-jalan dan macam-macam lagi.

Tetapi lain pula buat seorang pengguna Facebook, Nur Fauzani. Sambutan hari istimewa itu tahun ini agak menarik dan unik dengan merakam gambar ibu dan ayahnya seperti pasangan 'pengantin' baru

Gambar-gambar comel dan sweet kedua-dua orang tuanya itu telah dikongsi oleh beliau di laman Facebook dan sehingga kini mendapat lebih dari 5 ribu perkongsian!

"Happy mother day to my mom, Rosmina Mohammed. Abah pun sporting habis. Baju pengantin ini pun Abah yang pilihkan untuk Umi. Kami sayang sangat umi dan abah," tulis Nur Fauzani di Facebook.

Beliau memberitahu pada awalnya, beliau hanya terfikir mahu buat wedding photoshoot untuk ibu bapanya. Kebetulan pula Hari Ibu tidak lama lagi, lalu beliau terfikir mahu buat sambutan Hari Ibu tahun ini dengan sedikit kelainan

Idea itu telah diusulkan kepada adik-beradiknya yang lain dan ternyata semua excited dan menyokong idea tersebut.

"Mula-mula saya hanya terfikir untuk shoot photo wedding untuk mereka. Kebetulan hari ibu dah dekat, jadi kira sambut hari ibu tahun ini dengan kelainan. Kemudian saya usulkan kepada adik beradik dan mereka semua sokong.

"Tema asal, nak suruh pakai busana kebaya songket. Tetapi ayah tidak setuju dan katanya zaman sekarang orang pakai dress. Ayah nak umi pakai dress. Siap dia pilih baju pengantin sendiri untuk umi." katanya.

Tambahnya lagi, warna merah jambu sangat sesuai dengan ibunya. Jadi ayahnya tidak kisah untuk mengenakan pakaian berwarna merah jambu itu juga

"Mereka memang teruja untuk buat photoshoot ini di tasik di Kuala Ibai Terengganu dan Padang Kuda di Terengganu Equestrian Resort," katanya.

Manakala, menurut jurugambar, Harith Fahmi, ini adalah job paling unik yang pernah beliau lakukan sepanjang kariernya

Orang ramai yang melihat gambar-gambar tersebut turut berasa teruja. Seperti yang anda lihat, kedua-dua pasangan comel ini juga tampak selesa dan tidak kekok ketika bergambar. =)

Kami juga doakan semoga keluarga ini kekal bahagia selamanya dan kepada semua kaum ibu di luar sana, SELAMAT HARI IBU!

Lihat lebih banyak gambar comel 'pengantin baru' ini di SINI.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca lebih banyak artikel menarik di SINI:

You may be interested in: