seismik

[GAMBAR] Bilik Darjah Dibakar Dan Diconteng Di SMK Taman Setiawangsa. Apa Puncanya?

Budak-budak zaman sekarang. Tak habis-habis mencetuskan kontroversi.

Cover image via Facebook Aidil Haziq

Pernah Lihat Bilik Darjah Sebuah Sekolah Dibakar Seperti Ini?

...Atau Diconteng Dengan Kata-Kata Kesat Seperti Ini?

Bukan Setakat Di Dalam Bilik Darjah Sahaja Malah Koridor Di Luar Kelas Turut Diconteng Dengan Perkataan Lucah Dan Tak Senonoh

Menerusi Facebook Aidil Haziq, Kejadian Ini Berlaku Pada Pagi Hari Sabtu, 11 Oktober 2014 Di SMK Taman Setiawangsa

Image via SAYS.com

Portal Berita Kosmo! Turut Memaparkan Berita Kejadian Tersebut Serta Mengesahkan Lokasi Kejadian

Image via SAYS.com

Bagaimana Perkara Ini Boleh Terjadi? Menurut Sumber, Tindakan Membakar Dan Menconteng Kelas Itu Disebabkan Oleh Perasaan Tidak Puas Hati Seorang Pelajar Selepas Berlaku Pertengkaran Di Laman Sosial.

Akibat tidak puas hati dengan pertengkaran yang berlaku di laman sosial, seorang pelajar nekad membakar sebuah kelas dan menconteng bilik darjah serta koridor dengan perkataan kesat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Setiawangsa.

kosmo.com.my

Pelajar Yang Melakukan Perbuatan Terkutuk Itu Dipercayai Seorang Pelajar Tingkatan Lima. Kata-Kata Kesat Yang Diconteng Bertujuan Menyasarkan Kepada Pelajar-Pelajar Tertentu.

Pelajar yang melakukan perbuatan terkutuk tersebut dipercayai seorang pelajar lelaki tingkatan lima yang menyimpan perasaan dendam terhadap sekumpulan pelajar tingkatan lima sekolah berkenaan.

kosmo.com.my

Seorang pelajar yang mahu dikenali sebagai Nabila berkata, kata-kata kesat yang diconteng di koridor kelasnya menyasarkan kepada pelajar-pelajar tertentu.

kosmo.com.my

Diharap Pihak Berkuasa Akan Mengambil Tindakan Selanjutnya Terhadap Perbuatan Tidak Bermoral Ini. Semoga Kejadian Seperti Ini Tidak Akan Berulang Lagi Di Masa Akan Datang.

Image via SAYS.com
Image via SAYS.com

JUGA DI SAYS: [GAMBAR] Benarkah Dakwaan Pelajar Bakar Kereta Seorang Guru Kerana Tak Puas Hati?

You may be interested in: