seismik

Galas Tanggungjawab Besar Jadi Wali, Adik Umur 14 Tahun Nikahkan Kakak Ini Curi Tumpuan

Sayu bercampur gembira.

Cover image via @lizabakar72 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Wali nikah merupakan salah satu rukun nikah dalam perkahwinan Islam

Wali bermaksud orang lelaki yang diberi kuasa untuk menikahkan pengantin perempuan. Antara syarat-syarat sah untuk menjadi wali nikah lelaki itu haruslah beragama Islam, baligh, berakal, adil dan merdeka.

Oleh itu, menerusi video yang tular di laman sosial TikTok baru-baru ini, hari pernikahan pengantin perempuan ini diwalikan oleh adiknya yang berumur 14 tahun buat ramai tersentuh.

Lihat video penuh berkenaan di bawah:

@lizabakar72 pernikahan kakak Diwali oleh adik nya yg berumur 14thn suasana menjadi sayu Dan pilu dengan tangisan adik nya #fyp #fyp #foryoupage original sound - Liza bakar

Suasana bertukar menjadi sayu bercampur gembira sebaik sahaja selesai dinikahkan

Difahamkan, adik pegantin perempuan ini baru sahaja berumur 14 tahun dan sudah menggalas tanggungjawab yang besar iaitu menjadi seorang wali kepada kakaknya.

Sebaik sahaja lafaz nikah dipersetujui oleh tok kadi dan saksi, adik ini terus menangis kerana memahami situasi yang dipikulnya ini berat dan seolah-olah sukar untuk melepaskan kakaknya.

Warganet juga turut sayu melihat keadaan adik ini sebaik sahaja kakaknya dinikahkan. Ada yang memberi komen kemungkinan adik ini berasa rindu kepada arwah ayahnya.

Image via @lizabakar72
Image via @lizabakar72

"Berat dia melepaskan kakaknya, dia memahami situasi" - Warganet

Rakaman video itu kini tular di laman sosial dan telah mencecah sebanyak 1M views, 95.9K likes, dan 2503 shares di TikTok.

Rata-rata warganet turut berasa sedih dan terharu melihat keberanian adik ini yang menggalas tanggungjawab besar demi kebahagiaan kakaknya.

Berikut di bawah antara komen warganet di TikTok:

Siapa pula potong bawang ni, sedihlah tengok moment macam ni :")

Image via Pinterest.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: