Gal Gadot Kena Provoke Dengan Aktivis Pro-Palestin Waktu Sedang 'Shooting' Filem Di London
Difahamkan, ketika itu pelakon tersebut sedang menjalani penggambaran filem terbarunya, The Runner.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sekumpulan penunjuk perasaan pro-Palestin baru-baru ini menyerbu lokasi penggambaran filem terbaru pelakon Hollywood kelahiran Israel, Gal Gadot
Menerusi video perkongsian @ani.says2 di TikTok, wanita itu yang juga salah seorang daripada kumpulan aktivis berkenaan telah melakukan protes dan solidariti untuk Palestin di set penggambaran tersebut.
Wanita tersebut dilihat lantang berteriak menggunakan pembesar suara berserta paluan gendang menunjukkan protes terhadap aktres berkenaan.
Perkara ini difahamkan dilakukan bagi mengganggu penggambaran yang sedang dijalankan di kawasan terusan di Camden, Utara London.
Gal Gadot mempunyai latar belakang sebagai individu yang menyokong Israel
Menerusi laporan Berita Harian, dipercayai protes itu dilakukan bagi menggagalkan penggambaran yang melibatkan pelakon terbabit terus dijalankan di kawasan tersebut.
Ia disebabkan Gal Gadot mempunyai latar belakang sebagai individu yang lantang menyokong Israel dan pernah berkhidmat dalam tentera Zionis atau Angkatan Pertahanan Israel (IDF).
Terdahulu, dia juga tidak terlepas daripada kontroversi, termasuk kecaman terhadap watak dalam filem Snow White terbitan Disney yang diharamkan tayangannya di Lubnan dan Kuwait ekoran status sebagai rakyat Israel dan latar belakang ketenteraannya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!