seismik

"Gajah Mandi Kunyit Woi!" - Siapa Sangka Serbuk Kunyit Digunakan Untuk Tujuan Perubatan

"Sekarang gajah mandi tak pakai Carrie Junior dah, pakai kunyit pulak.." - Netizen.

Cover image via AdabiMY / Facebook

Biasanya orang gunakan kunyit untuk masak ayam goreng kunyit atau makanan yang bergoreng. Tapi siapa pernah terfikir sebenarnya kunyit boleh digunakan sebagai bahan perubatan.

Untuk pengetahuan anda, serbuk kunyit bukan sahaja boleh digunakan untuk memasak ya. Ianya juga boleh dijadikan sebagai bahan perubatan untuk haiwan.

Hebat tak hebat kunyit ini? Wah.

Baru-baru ini pihak Adabi telah memuat naik satu posting Facebook ketika mereka bekerjasama dengan Zoo Negara untuk 'mandikan' seekor gajah dengan serbuk kunyit

Posting tersebut telah menarik perhatian ramai dan meraih lebih 9 ribu shares ketika artikel ini ditulis. Malahan, komen yang diberikan oleh pengguna Facebook juga sangat mencuit hati.

Sebelum itu, lihat terlebih dahulu bagaimana cara mereka 'melumurkan' serbuk kunyit di atas badan seekor gajah ini.

Memang menarik!

Sebanyak 7 kilogram serbuk kunyit jenama Adabi telah digunakan untuk dilumurkan pada badan gajah itu

Pihak Adabi Consumer dengan kerjasama Zoo Negara telah ‘mandikan’ gajah dengan serbuk kunyit pagi tadi (18/3/2019 | 9pagi).

Gajah tersebut telah dilumurkan dengan kunyit pada keseluruhan badannya. Sebanyak 7 kg serbuk kunyit Adabi telah digunakan untuk melumurkan pada seekor gajah.

Kemudian lumuran kunyit itu akan dibiarkan pada badan gajah agar khasiat pada kunyit akan meresap masuk ke dalam kulit gajah.


Kaedah melumur kunyit pada kulit gajah ini sebenarnya telah dipraktikkan di setiap zoo kerana khasiat semula jadi pada kunyit ini baik untuk kulit gajah.

Untuk pengetahuan anda, kebaikan yang boleh diperoleh daripada serbuk kunyit ini adalah:

1) Merawat luka kecil
2) Merawat gigitan serangga
3) Bertindak sebagai anti septic pada kulit
4) Sebagai agen pemulih kulit

Power juga serbuk kunyit ini!

Ramai juga pengguna Facebook yang pernah menggunakan serbuk kunyit untuk tujuan perubatan:

"Ingat kunyit, ingat Adabi, elakkan mengunyit, ramai 'bunga' yang masih menanti"
Adabi

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Bebola daging IKEA halal ok!

You may be interested in: