seismik

Gadis Tiba-Tiba Ikut Sesuatu Di Pantai Masa Lepak Ramai-Ramai, Nampak Mak Memanggil Balik

Nasib baik kawan-kawan dia alert, kalau tak memang boleh hilang.

Cover image via @adrianafateeha (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular sebuah video baru-baru ini memaparkan sekumpulan remaja cemas ketika salah seorang daripada mereka hampir hilang selepas ikut 'sesuatu' di pantai Port Dickson

Menerusi video yang dimuat naik oleh @adrianafateeha, gadis tersebut menceritakan bagaimana dia boleh diganggu selepas mengikut 'budak kecil' dan 'ibunya'.

"Mula-mula saya dengar macam ada suara panggil nama saya tapi saya hanya nampak seorang budak kecil sorang-sorang melambai kat saya, saya pon lambai balik dekat dia tapi sebenarnya pelik kenapa dia sorang-sorang dekat tempat pondok gelap tu," katanya.

Dengar orang panggil lagi kali kedua, bila toleh belakang nampak mak

"Saya pun pandang ke arah sana dan mak saya seolah-olah panggil saya untuk balik. Tanpa berfikir saya ikut 'mak' saya dan tanpa disedari dah jalan jauh daripada kawan-kawan.

"Arah yang saya jalan tu tempat gelap yang langsung tak ada orang di situ, mula dari situ baru kawan-kawan datang tolong pegang saya untuk bawak semula.

"Sampai kat tempat kitaorang picnic tu, saya menangis kata mak saya dekat arah sana saya nak balik dan sebagainya, sedangkan kat situ tak ada orang langsung dan gelap," katanya lagi.

Lihat video penuh di bawah:

@adrianafateeha

Nak dijadikan cerita, mula ii saya dngr mcm ada suara panggil nama saya tp saya hanya nmpk seorg budak kecil sorg ii melambai kt saya, saya pon lambai balik dkt dia tp sbnrnye pelik knpe dia sorg ii dkt tmpt pondok gelap ii tu. Kali kedua saya dngr lgi suara org panggil nama saya, saya pon toleh blkg tapi kalini saya nmpk mak saya panggil saya. Saya pon pandang kearah sana dan mak saya seolah ii panggil saya untuk balik. Tanpa berfikir saya ikut "mak" saya dan tanpa disedari dah jalan jauh drpd kawan ii. Arah yg sya jln tu tmpt gelap yg langsung tkde org disitu, mula dri situ bru kwn ii dtg tolong pgg saya untuk bawak semula. Sampai kt tmpt kitaorg picnic tu, saya menangis kata mak saya dkt arah sana saya nak balik dan sbgainye, sdgkan kt situ tkde org langsung dan gelap. Tetiba saya gelak ii ajak semua org main dan mula berkelakuan pelik yg buat smua tkut. Semuanye jd okey lps ada yg bantu bg minuman yg telah dibaca oleh surah ii dan selawat basuh muka. Itu la orang tua ii cakap jangan seronok suka ii sangat nanti nangis ni akan jdi first and last iftar kitaorg kat pantai HAHAHHA

Creepy and simple horror background music(1070744) - howlingindicator

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: