seismik

Gadis Korea Tersilap Sebut Lempeng Jadi 'Lempang', Mak Cik Pasar Malam Pula Jadi Perhatian

Powernya mak cik!

Cover image via @mizi_comel (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sebagai rakyat Malaysia, sudah pasti kita seronok jika melihat orang dari negara lain fasih berbahasa Melayu bukan?

Walaupun cara mereka bercakap agak sedikit pelat, namun kesungguhan mereka mahu belajar bahasa Melayu haruslah dipuji.

Seperti video yang tular baru-baru ini apabila seorang gadis Korea tersalah sebut lempeng telah mencuri perhatian orang ramai di TikTok.

Lihat video penuh itu di bawah:

Nak beli lempeng tapi tersalah sebut 'lempang', seronok speaking dengan mak cik pasar malam

Menerusi video yang dimuat naik oleh @mizi_comel, kelihatan gadis Korea itu sedang berada di sebuah pasar malam sambil gelagatnya dirakam ketika ingin membeli makanan.

Apa yang melucukan adalah apabila dia ingin membeli lempeng, namun tersalah sebut jadi lempang membuatkan ramai tergelak.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila mak cik yang menjual lempeng itu dilihat sangat peramah dan fasih berbahasa Inggeris dengan gadis berkenaan untuk memlih menu apa yang special di gerainya.

Malah, mak cik itu siap ingin memberikan lempeng percuma kepada gadis Korea tersebut. Budi pekertinya telah membuatkan ramai memuji mak cik tersebut.

Ternyata, lempeng itu memang sedap dan gadis tersebut sangat menyukainya lebih-lebih lagi apabila dicicah dengan sambal ikan bilis.

"Jangan pandang rendah dengan mak cik pasar malam, sekali dia speaking terdiam kau. Berdekah aku dia sebut lempang, hahaha" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah pun mendapat 948.1K tontonan, 78.9K tanda suka serta 701 perkongsian di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut kagum dengan cara mak cik itu melayan pelanggannya walaupun dari negara luar.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Terbaiklah mak cik, mesti laku keras lempeng dia lepas ni :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: