seismik

Gadis Kecewa 'Diperlekeh' Ada Ijazah Jurusan Komputer, Tapi Hanya Kerja Sebagai Cashier

Bersyukur masih ada kerja.

Cover image via @shfayhya (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Jodoh, ajal dan pertemuan semuanya terletak kepada Allah SWT

Kita sebagai hambanya hanya perlu terus berusaha dan berdoa jika mahukan sesuatu itu menjadi milik kita. Tetapi, tidak semestinya semua yang kita inginkan akan dapat.

Begitu juga dengan isu pekerjaan. Walaupun belajar setinggi mana pun, jika kita masih tidak mempunyai pekerjaan pasti ada rezeki yang lebih baik menanti. Tambahan lagi dengan pandemik Covid-19 yang melanda negara telah menyebabkan banyak syarikat menghadkan pengambilan pekerja mereka.

Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang gadis meluahkan rasa kecewanya kerana dipandang rendah disebabkan masih tiada pekerjaan tetap.

Lihat video penuh itu di bawah:

@shfayhya

Nothing less than having faith to Him, in shaa Allah the day will come

1000 tahun - H J

Sedih ramai tanya kenapa masih tiada kerja setaraf dengan pelajaran

Menerusi video tersebut, gadis yang dikenali sebagai Aliah itu berkongsi kisah dia pernah dipandang rendah kerana jurusan yang diambil tidak sepadan dengan kerjanya.

Dia juga bercakap kepada sumber, pandangan sedemikian telah lama diterimanya ketika masih menuntut di institut pengajian tinggi awam (IPTA) lagi. Malah, dia juga telah memohon pekerjaan menerusi pelbagai platform yang sesuai dengan jurusannya. Tetapi rezeki masih belum berpihak kepadanya.

"Sehingga saya grad pada Oktober, tapi nampaknya belum ada rezeki lagi. Saya kerja syif, kalau di sebalah pagi kerja, waktu malam mesti saya buka laptop untuk job hunting. Tak pernah putus asa, begitulah setiap hari," katanya.

Namun, dia masih bersyukur kerana walaupun bekerja sebagai cashier, sekurang-kurangnya dia ada kerja dan pendapatan sendiri.

"Rasa nak send video ni dalam group family" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen juga mendapati rata-rata netizen turut meluahkan pelbagai pandangan dan reaksi mereka mengenai video tersebut.

Malah, ramai yang berdepan situasi sama seperti Aliah. Ramai juga yang memberikan kata-kata semangat kepadanya agar dia mendapat kerja yang bersusaian dengan bidangnya satu hari nanti.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 34.2K likes, 1,836 comments dan 1,056 shares di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Yang penting dah usaha dan tawakal. Kalau ada rezeki tak ke mana :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: