seismik

[VIDEO] Gadis Ini Pelik Nampak 'Lelaki Beratur', Sekali Rupa-Rupanya Salah Masuk Tandas

Alamak malu oi!

Cover image via @encik_bezza (TikTok)

Setiap orang mesti pernah berdepan dengan situasi yang memalukan diri sendiri bukan?

Lebih-lebih lagi jika ketika itu ramai orang sedang memerhatikan tingkah laku kita, aduh malunya rasa! Namun, kejadian seperti ini juga meninggalkan kenangan dan pengajaran untuk diri sendiri kelak.

Sama seperti situasi yang berlaku kepada seorang gadis apabila videonya dirakam semasa dia tersalah masuk tandas awam di sebuah stesyen minyak.

Lihat video penuh itu di bawah:

@encik_bezza

Drama spontan rekod tanpa sengaja.... Macam lah korg x pernah jadi mcm ni kan... sembang arhh... hehehehe ##fyp ##funny ##toilet

Oh No - Kreepa

Muka cuak nampak ramai lelaki beratur depan pintu, rupa-rupanya tersalah masuk tandas lelaki

Menerusi video berdurasi 16 saat yang dikongsi di laman TikTok oleh pengguna bernama Encik Bezza, kelihatan gadis tersebut baru saja keluar daripada tandas dan merasa pelik pada mulanya apabila dia melihat beberapa orang lelaki sedang beratur di depan pintu tandas.

Dia siap menjenguk ke tandas sebelah sebelum menyedari rupa-rupanya dia tersalah masuk tandas lelaki.

Malu dengan situasi tersebut, gadis itu cepat-cepat masuk ke dalam kereta sambil tergelak menahan malu.

"Kalau kat toilet pam minyak, aku guna je mana-mana yang available sebab dah darurat sangat" - Warganet

Ternyata video itu berjaya meraih lebih 140k tontonan dan 8,600 tanda suka di TikTok.

Rata-rata warganet turut terhibur dengan kejadian lawak itu dan ada juga yang sempat berkongsi pengalaman sama seperti gadis tersebut.

Antara komen menarik daripada warganet:

Korang pun pernah tersalah masuk tandas jugak ke? :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: